Cetak       Kongsi


Financial Stability

Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari

Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari (JSPM) adalah sebuah jawatankuasa bebas digubal di bawah seksyen 238 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) dan seksyen 249 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI) untuk mempertimbangkan rayuan daripada orang (individu atau institusi) terhadap kuantum penalti monetari pentadbiran atau remedi kewangan yang dikenakan oleh BNM dalam menjalankan kuasa penguatkuasaan pentadbiran di bawah seksyen 234 APK, seksyen 245 APKI dan seksyen 106A Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (AIKP).

FSA , IFSA dan AIKP bertujuan untuk menyediakan satu mekanisma yang boleh diakses, cekap dan kos efektif kepada pihak-pihak yang terkilan untuk merayu terhadap keputusan BNM. Ahli-ahli JSPM dilantik oleh Menteri Kewangan dari kalangan para pengarah bukan eksekutif BNM atau individu lain.

Rayuan kepada JSPM mestilah difailkan dalam tempoh 21 hari selepas pihak yang terkilan itu telah diberitahu mengenai keputusan BNM dengan menggunakan Borang Notis Rayuan. Prosedur terperinci untuk memfailkan rayuan adalah seperti dinyatakan dalam Manual Rayuan. JSPM boleh membuat keputusan sama ada untuk mengesahkan keputusan BNM atau meminta BNM untuk mempertimbangkan semula keputusan dan membuat keputusan baharu mengikut penemuan JSPM.

Ahli Jawatankuasa

  YBhg. Tan Sri Dato' Seri Abdull Hamid bin Embong
     
  YBhg. Datuk Chin Kwai Yoong
     
  YBhg. Datuk Professor Sundra Rajoo
     

 

Garis Panduan untuk Membuat Rayuan


Hubungi Kami

Sekretariat
Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur

Telefon        : 03 2604 0241
Fax                : 03 26912990
E-mel           : mprc@bnm.gov.my