Cetak       Kongsi


Overview on Financial Stability

Asas Kestabilan Kewangan - Penyeliaan dan Pengawalan

 

Fungsi Jabatan Pengawalan
  • Pembangunan Sektor Kewangan:Membangunkan sektor kewangan secara progresif termasuk menggalakkan institusi kewangan yang berdaya saing dan kukuh serta mempertingkat infrastruktur kewangan.
  • Pemantauan Kewangan:Melaksanakan pemantauan dan penilaian kehematan makro yang bersepadu dan menyeluruh terhadap trend yang baru timbul dan kelemahan dalam sistem kewangan.
  • Dasar Kewangan Berhemat:Membangunkan rangka kerja yang kukuh dan mantap untuk institusi kewangan yang menggalakkan pengharmonian dan penjajaran merentas sektor.
  • Amalan Pengguna & Pasaran:Merumuskan dan menguatkuasakan dasar amalan pasaran bagi memastikan layanan adil terhadap pengguna kewangan di samping melaksanakan inisiatif untuk mempertingkat tahap celik kewangan pengguna Malaysia.
  • Perbankan Islam dan Takaful:Mewujudkan persekitaran yang diperlukan dengan menambah baik sistem pengawalseliaan dan membangunkan dasar kehematan yang berkaitan untuk menyokong sistem kewangan Islam secara berkesan.
  • Kewangan Pembangunan dan Enterpris:Menggalakkan peranan institusi kewangan pembangunan bagi melaksanakan peranan yang dimandatkan, iaitu untuk menggalakkan sektor-sektor strategik dalam ekonomi, dengan cekap dan berkesan. Mendorong,memberi insentif dan mempengaruhi penyedia perkhidmatan kewangan untuk menyediakan pembiayaan kepada sektor sasaran yang strategik dan pihak berkepentingan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan.
  • Unit Promosi MIFC:Membangunkan dan melaksanakan strategi dan inisiatif promosi MIFC yang menyeluruh untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa.
 
Fungsi Jabatan Penyeliaan
  • Penyeliaan Konglomerat Kewangan:Menyelia konglomerat kewangan domestik dan bank-bank Islam yang merupakan sebahagian daripada kumpulan perbankan domestik.
  • Penyeliaan Perbankan:Menyelia bank asing, bank pelaburan kendiri, bank Islam kendiri dan bank Islam asing yang berlesen, dan institusi kewangan pembangunan.
  • Penyeliaan Insurans dan Takaful:Menyelia syarikat insurans, syarikat insurans semula, pengendali takaful, pengendali takaful semula dan pengendali takaful antarabangsa
  • Dasar Sistem Pembayaran:Merumuskan dasar dan strategi untuk menggalakkan keselamatan, perlindungan dan kecekapan sistem pembayaran dan instrumen pembayaran, serta mendorong perpindahan kepada inisiatif kaedah pembayaran secara elektronik. 
  • Unit Pakar Risiko:Memberikan penilaian dan nasihat segera dan bebas mengenai risiko yang baru timbul secara khusus dan merentas institusi-institusi kewangan yang dikawal selia bagi memudahkan tindakan pencegahan awal.

Fungsi Pentadbiran Pengawalan dan Penyeliaan
  • Menyediakan perkhidmatan pentadbiran berpusat, sokongan pengurusan pengetahuan dan menyelaras inisiatif pembelajaran/pembangunan bagi jabatan pengawalan dan jabatan penyeliaan.