Cetak       Kongsi


Overview on Financial Stability

Apakah kestabilan kewangan?

Sistem kewangan memainkan peranan penting dalam ekonomi. Sistem kewangan membolehkan proses pengantaraan kewangan yang memudahkan aliran dana antara penyimpan dengan peminjam, lantas memastikan sumber kewangan diperuntukkan dengan cekap ke arah menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi.

Kestabilan kewangan bermaksud keadaan apabila proses pengantaraan kewangan berfungsi dengan lancar dan wujud keyakinan terhadap operasi institusi kewangan utama dan pasaran dalam ekonomi.