Kursus Bahasa Melayu Berakreditasi Sektor Perkhidmatan Kewangan


Pengenalan
Kursus Bahasa Melayu Berakreditasi Sektor Perkhidmatan Kewangan dianjurkan oleh Institut Bank-Bank Malaysia dan Institut Insurans Malaysia dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi sektor swasta, khususnya sektor perkhidmatan kewangan. Justeru melalui kursus ini diharap sektor swasta dapat menampilkan citra bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara terutamanya dalam urusan penyediaan dokumen, surat-menyurat dan komunikasi antara kakitangan dan pelanggan sama ada secara lisan atau tulisan.

Sila klik disini untuk Borang Pendaftaran [PDF]

Objektif Utama Kursus
Modul I: Penggunaan Bahasa Melayu dalam Komunikasi Lisan
Untuk meningkatkan kemahiran dan keterampilan berbahasa kebangsaan warga sektor perkhidmatan kewangan supaya dapat berkomunikasi dengan pelanggan secara berkesan, melalui penguasaan ilmu bahasa Melayu dan pendedahan kepada sistem bahasa baku yang bermutu tinggi.
Modul II: Penggunaan Bahasa Melayu dalam Penulisan Rasmi
Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berbahasa kebangsaan warga sektor perkhidmatan kewangan dalam penyediaan dokumen rasmi seperti surat-menyurat dan laporan. Penguasaan ilmu bahasa dan pendedahan kepada sistem bahasa baku dapat menghasilkan komunikasi yang bermutu tinggi dan berkesan.
Modul III: Pengenalan kepada Penterjemahan
Untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran warga sektor perkhidmatan kewangan tentang aspek penterjemahan bagi menghasilkan terjemahan dokumen rasmi yang bermutu tinggi dan berkesan dalam bahasa Melayu.

Kandungan Kursus
Modul I: Penggunaan Bahasa Melayu dalam Komunikasi Lisan
20 - 22 Sept. 2004
• Keterampilan Berbahasa untuk Komunikasi Berkesan
- Bahasa sebagai satu sistem
- Peranan bahasa sebagai alat komunikasi utama
- Sistem Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu
- Tatabahasa amali untuk komunikasi berkesan
- Gaya Bahasa, etika dan seni berbahasa untuk komunikasi berkesan
 
• Kesantunan Berbahasa
- Pengenalan kepada kesantunan berbahasa
- Aspek sapaan dalam komunikasi
- Aspek keterampilan berbahasa dalam komunikasi lisan
 
• Bahasa Badan
- Suara
- Imej diri
 
Penceramah: Puan Zaiton bt. Ab. Rahman  
Modul II: Penggunaan Bahasa Melayu dalam Penulisan Rasmi
5 - 7 Okt. 2004
• Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu
• Tatabahasa Bahasa Melayu
• Penterjemahan, Penggunaan Istilah dan Tanda Baca
• Kesantunan Berbahasa
• Jenis Penulisan Rasmi dan Gaya Bahasa
• Penyuntingan Dokumen
 
Penceramah: Tuan Haji Muhammed Salehudin bin Aman  
Modul III: Pengenalan kepada Penterjemahan
21 - 23 Feb. 2005
• Aspek Tatabahasa
• Asas Teori Penterjemahan
• Proses Penterjemahan
• Kaedah Penterjemahan
• Teknik Penterjemahan
 
Penceramah: Dr. Hasuria bt. Che Omar  

Pendekatan
Pendekatan kursus yang digunakan oleh penceramah ialah syarahan, amali dan ujian/penilaian.

Kumpulan Sasar
Penyelia di bahagian khidmat pelanggan dan kakitangan institusi kewangan yang ingin meningkatkan kemahiran berbahasa dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi sektor perkhidmatan kewangan.

Profil Penceramah
Modul I: Penggunaan Bahasa Melayu dalam Komunikasi Lisan
Nama : Puan Zaiton bt. Ab. Rahman
Pendidikan
• Sarjana Muda, Universiti Malaya
• Sarjana (Theoretical Linguistics), University of Essex
Jawatan/Kerjaya/Pengalaman
• Pembimbing kursus penataran BM untuk Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Penterjemah Malaysia
• Munsyi Dewan
• Editor buku Tatabahasa Dewan
• Penterjemah
• Mantan Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam, DBP
• Penulis beberapa artikel linguistik dalam majalah Dewan Bahasa

Modul II: Penggunaan Bahasa Melayu dalam Penulisan Rasmi
Nama : Tuan Haji Muhammed Salehudin bin Aman
Pendidikan
• Sijil Guru (Maktab Perguruan Bahasa) Kuala Lumpur
• Sarjana Muda (Kep.) Linguistik & BM - UKM
• Sarjana Sains (Pengajaran BM) - UPM
Jawatan/Kerjaya/Pengalaman
• Pensyarah (PPP Siswazah)
• Munsyi Dewan
• Penceramah
- Bahasa [linguistik (tatabahasa) & sosiolinguistik]
- Pengajaran Bahasa Melayu
- Motivasi
• Penulis Rencana
- Jurnal Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Jendela Selatan (DBP)
- Jurnal Bahasa, Jurnal Akademik, Bingkisan (Maktab)
- Ruangan MUNSYI BAHASA dalam Portal Pendidikan Utusan Malaysia - DBP
- Majalah Guru Negeri Sembilan
- Lidah (UKM)
- Majalah Dian, Santajiwa
• Ahli Panel/Penggubal/Penilai/Pemeriksa/Hakim bidang kurikulum dan soalan-soalan bahasa/linguistik Melayu dan perkaedahan pengajaran bahasa. Juga penyemak buku-buku teks bahasa Melayu bagi DBP dan Kementerian Pelajaran

Modul III: Pengenalan kepada Penterjemahan
Nama : Dr. Hasuria bt. Che Omar
Pendidikan
• Sarjana Muda (Kemanusiaan), Universiti Sains Malaysia (USM)
• Sarjana (Terjemahan), USM
• Doktor Falsafah (Terjemahan), USM
Jawatan/Kerjaya/Pengalaman
• Pensyarah Penterjemahan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan dan Interpretasi), USM
• Ahli aktif Persatuan Penterjemah Malaysia
• Penceramah kursus dan bengkel penterjemahan untuk, antaranya, Bank Negara Malaysia, Petronas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Latihan Kehakiman Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Institut Terjemahan Negara Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Penterjemah Malaysia, Institut Penilaian (Kementerian Kewangan) dan Intel (M) Sdn. Bhd.
• Penulis rencana dan buku-buku penterjemahan (buku dijangka diterbitkan pada hujung tahun ini)
• Pembentang kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
• Penterjemah Bebas

Maklumat Pentadbiran
Tarikh Kursus
Modul I : 20 - 22 September 2004
Modul II : 5 - 7 Oktober 2004
Modul III : 21 - 23 Februari 2005
Tarikh Ujian
Modul I : 23 September 2004
Modul II : 8 Oktober 2004
Modul III : 24 Februari 2005
Masa Kursus : 9.00 pg. - 5.00 ptg.
Masa Ujian : 9.00 pg. - 12.00 tgh.
Tempat Kursus
Grand Seasons Hotel
No. 72, Jalan Pahang
53000 Kuala Lumpur

Tempat Ujian
Institut Bank-Bank Malaysia
Wisma IBI, 5 Jalan Semantan
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur

Pakaian : Pakaian Pejabat
Yuran Kursus Setiap Modul
Ahli/Kakitangan IBBM/MII/DBP/BNM : RM600 (setiap modul)
Bukan Ahli/Kakitangan IBBM/MII/DBP/BNM : RM1,200 (setiap modul)
Yuran di atas termasuk bahan kursus dan makan minum.
Yuran Ujian Setiap Modul
Ahli/Kakitangan IBBM/MII/DBP/BNM : RM100
BukanAhli/Kakitangan IBBM/MII/DBP/BNM : RM200
Tarikh Tutup Penyertaan
Kursus dan Ujian

Modul I : 6 September 2004
Modul II : 21 September 2004
Modul III : 7 Februari 2005
Pertanyaan
IBBM
: Haslina/Jora di talian 03-20958922 samb. 140/141
MII : Deepa/Ella di talian 03-20944234 samb. 341/237
Pendaftaran
Penyertaan terhad kepada 25 orang peserta terawal. Pendaftaran hendaklah secara bertulis. Sila hantarkan borang pendaftaran [PDF] yang lengkap ke Institut Bank-Bank Malaysia atau Institut Insurans Malaysia sebelum tarikh tutup. Surat pengesahan penyertaan akan dihantar selepas tarikh tutup.
Notis Pembatalan Penyertaan
Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya notis pembatalan diterima selepas tarikh tutup. Sekiranya peserta tidak dapat hadir pada hari kursus tersebut, peserta boleh diganti dan borang peserta yang baru hendaklah dihantar sebelum tarikh kursus bermula. Jika tidak, yuran penyertaan tetap akan dikenakan. Walau bagaimanapun, kami berhak menukar tarikh dan tempat atau membatalkan kursus tersebut.
Komitmen kepada Kursus
Kursus intensif ini amat memerlukan perhatian dan kehadiran para peserta bagi semua sesi. Para peserta hendaklah melapangkan diri daripada semua tugasan profesional sepanjang tempoh kursus.
Sijil
Peserta yang menamatkan setiap modul kursus akan diberi Sijil Penyertaan. Sijil Kursus Bahasa Berakreditasi Sektor Perkhidmatan Kewangan hanya diberikan kepada peserta yang menamatkan ketiga-tiga modul dan lulus ujian yang ditetapkan.

Penghantaran borang
Sila hantarkan borang pendaftaran ke alamat berikut:
Ahli IBBM
Eksekutif (CPD)
Institut Bank-Bank Malaysia
Wisma IBI, 5 Jalan Semantan
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur
Faks : 03-20957822
E-mel : cpd@ibbm.org.my
Ahli MII
Pengurus (Latihan dan Perunding)
Institut Insurans Malaysia
Wisma IBI, 5 Jalan Semantan
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur
Faks : 03-20921501
E-mel : deepa@mii.org.my