Keunikan Malaysia
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.
Ciri-ciri Am
Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.
Spesifikasi Teknikal
Nilai Muka |
50 sen |
20 sen |
10 sen |
5 sen |
Logam |
Nikel Loyang Bersalut Kuprum |
Nikel Loyang |
Keluli Tahan Karat |
Keluli Tahan Karat |
Garis pusat (mm) |
22.65 |
20.60 |
18.80 |
17.78 |
Berat (gram) |
5.66 |
4.18 |
2.98 |
1.72 |
Bentuk |
Bulat berlekuk 9 |
Bulat |
Bulat |
Bulat |
Sisi |
Kosong |
Kasar |
Halus |
Kosong |
Warna |
Kuning |
Kuning |
Putih |
Putih |
Muat turun
Muat turun poster dan risalah duit syiling Malaysia siri ketiga:
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
Tel: +603 2698 8044 samb. 8658
Faks: +603 2691 3410
Emel: ncs@bnm.gov.my
Maklumat mengenai ubah suai mesin wang tunai:
- Encik Rozaiman Mansor +603 2698 8044 samb. 7307
- Encik Razak Mat Sorip samb. 7415
Permohonan sesi latihan bagi pengendali wang tunai atau permohonan mendapatkan bahan promosi:
- Encik Shahrul Bahtiar Abdul Rahman samb. 7413
- Encik Zulhisham Mohd Nasir samb. 7413
|