Program Meningkatkan Peluang Mendapat Pekerjaan bagi Siswazah
Bank Negara Malaysia sedang menyelaraskan satu program pembangunan untuk siswazah yang menawarkan peluang untuk mereka membangunkan kemahiran asas dan ciri-ciri yang diperlukan oleh tenaga kerja, dan juga latihan sambil bekerja melalui penempatan dalam pelbagai industri.
Peserta akan menjalani latihan berstruktur secara berkala yang akan turut digabungkan dengan penempatan dengan majikan dalam sektor swasta selama dua (2) tahun. Latihan berstruktur ini akan menumpukan pada peningkatan pengetahuan am, komunikasi dan kemahiran berbahasa, kemahiran menganalisis dan juga keusahawanan.
Syarat kemasukan:
- Warganegara Malaysia
- Ijazah Sarjana Muda dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 2.80
- Kredit dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia
- Berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Elaun
Peserta akan diberi elaun sara hidup sebanyak RM1,500 sebulan.
Cara untuk memohon
- Muat turun borang permohonan: Borang Permohonan (MS Word, 90KB)
- Hantarkan borang yang telah lengkap diisi berserta keterangan ringkas maklumat diri (resume) kepada Graduates@bnm.gov.my
Atau,
- Poskan borang yang telah lengkap diisi berserta keterangan ringkas maklumat diri (resume) kepada:
Sekretariat Program Siswazah
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
Tingkat 10, Blok C,
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur Malaysia
Tarikh Tutup Permohonan: 8 Julai 2009
Nota : Hanya calon yang berjaya sahaja akan dihubungi.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bank Negara Malaysia Telelink di 1-300-88-5465
atau emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
|