Image

Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar

Setelah berakhirnya moratorium selama enam bulan, Bank Negara Malaysia sedar akan kesukaran yang terus dialami sebahagian peminjam akibat COVID-19.

Institusi perbankan akan terus membantu peminjam yang mungkin menghadapi cabaran dalam memenuhi obligasi kewangan mereka melalui program Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA).

graphical divider

Penambahbaikan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar

Industri perbankan telah bersetuju memberikan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar tambahan untuk peminjam individu dan PKS. Kesemua penambahbaikan ini merupakan tambahan kepada bantuan yang diumumkan sebelum ini untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, serta untuk individu dan PKS yang pendapatan mereka terjejas akibat pandemik. Peminjam juga boleh terus menghubungi bank mereka untuk bantuan bayaran balik yang sesuai mengikut keadaan kewangan khusus mereka, kerana semua bank terus bersedia memberikan bantuan kepada peminjam yang memerlukan.

Image
Bantuan tambahan untuk peminjam golongan B40 dan perusahaan mikro

Bantuan bayaran balik pinjaman tambahan akan diberikan kepada peminjam dalam kategori yang berikut:

  • Individu golongan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH)/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR); dan
  • Perusahan mikro, menurut takrifan SME Corp., bagi kemudahan dengan jumlah yang diluluskan sehingga RM150,000.

Para peminjam dalam kedua-dua kategori ini boleh memohon sama ada untuk:

  • Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
  • Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

Bantuan ini akan disediakan untuk kemudahan yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 yang tidak tertunggak selama lebih daripada 90 hari pada masa peminjam memohon bantuan bayaran balik. Peminjam B40 dan perusahaan mikro yang pernah menerima apa-apa bentuk bantuan bayaran balik bersasar yang lain, dan ingin memohon bantuan lanjutan di bawah langkah-langkah tambahan yang diumumkan pada hari ini, masih boleh berbuat demikian dengan menghubungi bank mereka.

Bagi memohon bantuan ini, peminjam yang layak hanya perlu mengesahkan pilihan bayaran balik dengan bank mereka. Bank-bank tidak memerlukan dokumen tambahan daripada peminjam untuk memberikan bantuan bayaran balik ini.

Walau bagaimanapun, bagi pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap, peminjam perlu menandatangani perjanjian baharu menurut Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah.

Kesemua bantuan bayaran balik tambahan ini akan disediakan untuk peminjam yang layak antara 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021. Para peminjam boleh menyatakan bantuan bayaran balik tersebut mulai 23 November 2020 melalui talian khidmat pelanggan bank-bank, perbankan dalam talian atau dengan melawat cawangan bank. Industri perbankan akan memberikan butiran terkini mengenai penambahbaikan ini minggu hadapan.

Penambahbaikan bantuan ini akan disediakan untuk ansuran mulai bulan Disember 2020 dan akan berkuat kuasa pada ansuran seterusnya selepas permohonan dan pengesahan peminjam diterima.

Untuk dikongsi: Infografik

Penambahbaikan pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar

BNM juga telah bekerjasama dengan industri perbankan untuk menambah baik pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar tersebut.

1. Dokumentasi yang lebih mudah bagi peminjam segmen M40 yang merupakan penerima BPN

Bagi peminjam M40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional, yang pendapatan isi rumah mereka telah berkurang akibat pandemik, bank-bank akan menerima permohonan mereka bagi mengurangkan bayaran ansuran bulanan. Permohonan ini akan berdasarkan pengisytiharan peminjam sendiri tentang pengurangan pendapatan mereka dan/atau pendapatan isi rumah mereka untuk mempercepatkan lagi pemberian bantuan. Bank-bank akan terus menghubungi para peminjam dalam kategori ini untuk mengkaji semula keadaan kewangan mereka.

2. Meja Bantuan Perusahaan Mikro di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Selain menghubungi bank, satu saluran tambahan akan disediakan untuk perusahaan mikro memohon bantuan bayaran balik pinjaman melalui pusat bantuan khas untuk perusahaan mikro di AKPK bermula 9 November 2020 melalui www.akpk.org.my/microhelpdesk. Pusat bantuan maya ini menyediakan khidmat nasihat kewangan secara percuma dan memudahkan permohonan bagi mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman.

3. Penilaian pendapatan isi rumah peminjam secara keseluruhan

Bagi peminjam individu yang memohon untuk mengurangkan bayaran ansuran mereka, amalan di seluruh institusi perbankan telah diperkemas untuk mengambil kira bukan hanya pendapatan peminjam tetapi juga pendapatan pasangan masing-masing yang turut terjejas akibat pandemik. Amalan ini telah pun dilakukan oleh kebanyakan bank dan kini telah dilaksanakan oleh semua bank bagi membolehkan penilaian yang lebih menyeluruh dibuat terhadap keadaan kewangan peminjam.

Penambahbaikan baharu ini berlandaskan usaha institusi perbankan yang sedia ada untuk memberikan bantuan yang lebih baik kepada peminjam yang menghadapi cabaran luar biasa ini.

Bantuan bayaran balik akan terus tersedia untuk semua peminjam yang terkesan oleh COVID-19

BNM ingin memberikan keyakinan kepada peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan akibat pandemik bahawa bantuan bayaran balik pinjaman akan terus tersedia untuk individu daripada semua kumpulan pendapatan dan semua saiz PKS yang memerlukan bantuan. Bagi kebanyakan peminjam, bantuan yang disesuaikan dengan keadaan khusus masing-masing akan lebih membantu memenuhi keperluan mereka pada masa kini dan juga pada masa hadapan.

Meskipun pelbagai langkah sedang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak COVID-19, penyambungan semula kegiatan ekonomi telah membolehkan banyak peminjam menyambung semula bayaran balik pinjaman mereka. Setakat ini, kira-kira 85% peminjam telah mula membayar ansuran bulanan mereka.

Bagi peminjam yang mampu berbuat demikian, tindakan ini adalah untuk kepentingan mereka sendiri kerana tindakan mengurangkan atau menangguhkan bayaran ansuran akan menyebabkan hutang keseluruhan menjadi lebih tinggi, yang akhirnya perlu ditanggung oleh peminjam pada masa hadapan. Peningkatan ini berlaku kerana faedah akan terus terakru ke atas mana-mana bayaran balik pinjaman yang telah ditangguhkan dan peminjam perlu membayarnya pada masa hadapan.

Pada masa yang sama, peminjam yang masih berhadapan dengan cabaran kewangan akan terus dibantu melalui bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar. Bantuan ini seterusnya membolehkan mereka membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi bergantung pada keperluan dan matlamat pengurusan kewangan mereka sendiri.

BNM menggesa peminjam yang menghadapi kesukaran membuat bayaran balik pinjaman mereka untuk berhubung dengan bank masing-masing, AKPK atau BNMTELELINK untuk mengetahui pilihan yang tersedia bagi membantu mereka mengurus hutang masing-masing. Bantuan bayaran balik pinjaman bersasar akan terus tersedia untuk peminjam yang terjejas sepanjang tahun 2020 dan 2021.

Peminjam yang menghadapi masalah dengan bank masing-masing boleh mengemukakan aduan kepada BNMTELELINK di bnm.my/RAsurvey.

divider graphic

Bantuan sentiasa tersedia.
Peminjam yang memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman perlu menghubungi bank mereka.

Permohonan diterima
Kadar kelulusan
Pelanjutan moratorium
Pengurangan ansuran
Setakat 9 Oktober 2020
Image
Individu

Semua bank akan menawarkan bantuan berikut kepada peminjam individu:

  • Individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan boleh memohon pelanjutan moratorium pinjaman untuk tiga bulan lagi.
  • Individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka telah terjejas akibat COVID-19 boleh memohon untuk mengurangkan bayaran ansuran pinjaman setara dengan pengurangan gaji mereka, bergantung pada jenis pembiayaan. Bagi pembiayaan sewa beli, peminjam akan ditawarkan jadual ansuran yang disemak semula yang selaras dengan Akta Sewa Beli 1967.

Selain itu, institusi perbankan menawarkan pelbagai pakej tambahan kepada individu. Pakej-pakej ini mungkin berbeza mengikut bank, dan ditawarkan dengan mengambil kira keperluan dan kedudukan kewangan peminjam. Pakej ini termasuk:

  • Membenarkan peminjam membayar bahagian faedah pinjaman sahaja sepanjang tempoh tertentu.
  • Melanjutkan tempoh keseluruhan pinjaman untuk mengurangkan ansuran bulanan.
  • Menyediakan bentuk fleksibiliti lain sehingga peminjam berada pada kedudukan yang lebih stabil untuk menyambung semula bayaran balik pinjaman sepenuhnya.

Image
PKS

Institusi perbankan menawarkan pelbagai pakej kepada PKS. Pakej-pakej yang disediakan itu mungkin berbeza mengikut bank, dan ditawarkan dengan mengambil kira keperluan dan keadaan kewangan peminjam. Pakej ini termasuk:

  • Menyediakan moratorium bayaran balik pinjaman sepanjang tempoh tertentu.
  • Membenarkan peminjam membayar bahagian faedah pinjaman sahaja sepanjang tempoh tertentu.
  • Melanjutkan tempoh keseluruhan pinjaman untuk mengurangkan ansuran bulanan.
  • Menyediakan bentuk fleksibiliti lain sehingga peminjam berada pada kedudukan yang lebih stabil untuk menyambung semula bayaran balik sepenuhnya.

Perhatian!

Permohonan bantuan bayaran balik pinjaman yang dibuat pada bila-bila masa sebelum 30 Jun 2021 tidak akan terpapar dalam laporan CCRIS peminjam.

Fi/caj pemprosesan tidak akan dikenakan terhadap permohonan yang berkaitan dengan bayaran balik pinjaman bagi peminjam individu dan PKS.

divider graphic

Cara memohon

Untuk mendapatkan fleksibiliti ini, peminjam perlu memohon terus kepada bank mereka masing-masing. (Pautan ke bank-bank ada di bawah)

Proses dan keperluan dokumentasi permohonan akan berbeza mengikut bank. Walau bagaimanapun, proses permohonan dijangka senang dan mudah, dengan keperluan dokumentasi yang dipermudahkan. Dalam kebanyakan keadaan, peminjam boleh memohon dan melengkapkan permohonan secara dalam talian atau melalui telefon.

Institusi perbankan komited untuk memproses permohonan dengan segera. Jika anda merupakan peminjam individu, pihak bank akan menghubungi anda dengan keputusan dalam tempoh lima hari (termasuk Sabtu dan Ahad) dan jika anda adalah peminjam PKS, pihak bank akan menghubungi anda dengan keputusan dalam tempoh 14 hari (termasuk Sabtu dan Ahad).

5 hari
 

Tempoh maksimum bagi memproses permohonan untuk individu

14 hari
 

Tempoh maksimum bagi memproses permohonan untuk PKS

Bagi mengelakkan sebarang kelewatan pemprosesan, bank memerlukan anda melampirkan dokumen sokongan yang relevan dan lengkap bersama-sama dengan permohonan anda. Sekiranya anda ragu-ragu mengenai proses permohonan atau keperluan dokumentasi, hubungi bank anda untuk mendapatkan nasihat mengenai cara menyediakan permohonan yang lengkap.

Bagi mengelakkan sebarang kelewatan pemprosesan, bank memerlukan anda melampirkan dokumen sokongan yang relevan dan lengkap bersama-sama dengan permohonan anda. Sekiranya anda ragu-ragu mengenai proses permohonan atau keperluan dokumentasi, hubungi bank anda untuk mendapatkan nasihat mengenai cara menyediakan permohonan yang lengkap.

Peminjam yang masih belum mendapat maklum balas daripada bank dalam tempoh yang sepatutnya, atau menghadapi masalah dengan pihak bank, boleh menghubungi BNM TELELINK. bnm.my/RAsurvey

Peminjam yang mampu harus meneruskan bayaran balik pinjaman mereka. Menyambung semula bayaran balik pinjaman adalah lebih baik buat mereka kerana tindakan ini akan mengurangkan kos pembiayaan secara keseluruhan.

Sementara itu, peminjam yang memerlukan bantuan pada masa ini berpeluang untuk mendapatkan pelan bayaran balik pinjaman yang bersesuaian mengikut kemampuan mereka. Jika peminjam terus menghadapi keadaan yang mencabar pada masa hadapan, mereka akan mempunyai rekod bayaran balik pinjaman yang lebih terkini untuk bantuan selanjutnya daripada bank.

Sekiranya anda memerlukan bimbingan untuk memohon bantuan bayaran balik pinjaman atau berhasrat untuk mendapatkan pilihan bantuan kewangan yang lain, anda juga boleh menghubungi AKPK.

Untuk dikongsi: Ringkasan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar berbentuk infografik

divider graphic

Video Informasi

divider graphic

Senarai Laman Bantuan Bayaran Balik Institusi Perbankan

Berikut adalah senarai laman web institusi perbankan dengan butiran mengenai program bantuan bayaran balik mereka, yang disediakan tanpa perubahan, untuk tujuan makluman sahaja.

Institusi Perbankan Pautan laman
Affin Bank Berhad
Affin Islamic Bank Berhad
check interface icon
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad check interface icon
Alliance Bank Malaysia Berhad
Alliance Islamic Bank Berhad
check interface icon
AmBank (M) Berhad
AmBank Islamic Berhad
check interface icon
BNP Paribas Malaysia Berhad check interface icon
Bank Islam Malaysia Berhad check interface icon
Bank Muamalat Malaysia Berhad check interface icon
CIMB Bank Berhad
CIMB Islamic Bank Berhad
check interface icon
Citibank Berhad check interface icon
HSBC Bank Malaysia Berhad
HSBC Amanah Malaysia Berhad
check interface icon
Hong Leong Bank Berhad
Hong Leong Islamic Bank Berhad
check interface icon
Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad check interface icon
MUFG Bank (Malaysia) Berhad check interface icon
Malayan Banking Berhad
Maybank Islamic Berhad
check interface icon
MBSB Bank Berhad check interface icon
OCBC Bank (Malaysia) Berhad
OCBC Al-Amin Bank Berhad
check interface icon
Public Bank Berhad
Public Islamic Bank Berhad
check interface icon
RHB Bank Berhad
RHB Islamic Bank Berhad
check interface icon
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
Standard Chartered Saadiq Berhad
check interface icon
Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad check interface icon
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd. check interface icon
Institusi Kewangan Pembangunan Pautan laman
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) check interface icon
Bank Pembangunan Malaysia Berhad check interface icon
Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) check interface icon
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) check interface icon
Bank Simpanan Nasional check interface icon
Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) check interface icon
arrow-up icon