Cetak       Kongsi


Mengenai BNM

Melawat bank

Lawatan berpandu boleh diatur untuk kumpulan pelawat daripada sekolah, universiti dan organisasi bukan untung. Lawatan ini adalah percuma dan perlu diatur terlebih dahulu.

Permohonan untuk lawatan berpandu hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh lawatan.

Sila hubungi BNMTELELINK melalui e-mel di bnmtelelink@bnm.gov.my atau telefon 1-300-88-5465 (untuk permohonan dari luar negara, sila telefon: +603-2174-1717) untuk butiran terperinci atau pertanyaan lanjut berhubung dengan lawatan ke Bank.

 

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM MAG) menawarkan enam galeri tetap dengan pelbagai tema iaitu: Galeri Kanak-kanak, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan Islam, Galeri Numismatik dan Galeri Seni. Galeri-galeri ini menyelami ekonomi Malaysia, peranan Bank Negara Malaysia di dalam pembangunan ekonomi serta landskap kewangan negara sejak zaman pra-kemerdekaan sehingga kini. Seiring dengan peranan Bank Negara Malaysia sebagai penaung warisan numismatik dan pendukung warisan seni Malaysia, muzium ini menampilkan koleksi khazanah numismatik yang seusia sejarah negara serta koleksi karya-karya seni yang dinamik dari Malaysia dan rantau ASEAN.

Bagi memberikan perkongsian yang lebih bermakna kepada orang ramai, BNM MAG meningkatkan pengalaman pelawat dengan menawarkan pameran sementara yang berinovatif, program-program khas serta aktiviti jangkauan luar untuk memperkukuh dan menambah ilmu pengetahuan segenap lapisan masyarakat.

Walaupun BNM MAG masih ditutup buat sementara waktu, saluran maya kami sentiasa terbuka! Rasai pengalaman atas talian melalui laman sesawang kami www.museum.bnm.gov.my atau ikuti laman media sosial Facebook kami @BNM.MAG serta Instagram @bnmmag.