Cetak       Kongsi


Penutupan Sementara Perkhidmatan di Pejabat BNM Johor Bahru

Release Date: 19 Mar 2020

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memaklumkan bahawa salah seorang kakitangannya di Pejabat BNM Johor Bahru telah disahkan positif jangkitan virus COVID-19. Kakitangan tersebut kini sedang menerima rawatan di hospital kerajaan dan telah tidak berada di pejabat sejak 12 Mac 2020. Proses disinfeksi telah dibuat di pejabat BNM Johor Bahru tersebut dengan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

BNM dan KKM kini sedang membuat pengesanan kontak (contact tracing) terperinci kakitangan tersebut untuk mengenal pasti pihak-pihak yang berkemungkinan merupakan kontak rapat kakitangan tersebut.

Pejabat BNM Johor Bahru telah ditutup mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Kerajaan Malaysia.

Semua pejabat BNM yang menjalankan urusan dengan orang ramai telah melaksanakan langkah penjarakan sosial (social distancing) sejauh satu meter dan interaksi bersemuka tidak lebih daripada 10 minit semasa berurusan dengan mereka yang berkunjung ke pejabat BNM.

BNM akan terus memantau rapi situasi ini bagi memastikan kesejahteraan semua kakitangan dan orang ramai terus terpelihara.

© Bank Negara Malaysia, 2020. All rights reserved.