Print       Share


BNMLINK Terus Menawarkan Khidmat Nasihat

Release Date: 16 Jun 2020

BNM ingin memaklumkan bahawa platform kami untuk berhubung dengan orang ramai dan perniagaan kecil, iaitu BNMLINK terus menawarkan khidmat nasihat.

 

Pertanyaan Umum

Orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat BNM dengan menghantar pertanyaan atau aduan melalui eLINK (borang dalam laman sesawang) di https://telelink.bnm.gov.my/

Mereka juga boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 dari hari Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi hingga 5.00 petang).

Pusat khidmat pelanggan hanya menerima pelawat bagi kunjungan ke premis melalui janji temu. Orang ramai boleh membuat janji temu melalui eLINK atau BNMTELELINK.

 

Laporan CCRIS

Pengguna berdaftar eCCRIS boleh memuat turun laporan CCRIS mereka secara dalam talian di https://eccris.bnm.gov.my/

Orang ramai juga boleh mendapatkan laporan CCRIS di agensi-agensi pelaporan kredit yang berikut:

Orang ramai juga boleh memohon untuk mendapatkan laporan CCRIS mereka melalui eLINK.

 

Pertukaran wang kertas dan syiling rosak

Orang ramai boleh membuat pertukaran wang kertas dan syiling rosak di bank yang mereka mempunyai akaun.

Orang ramai yang memerlukan khidmat nasihat selanjutnya boleh menghubungi Pejabat-pejabat BNM seperti yang berikut:

 

Pejabat BNM Pulau Pinang
+604-258 7588

 

Pejabat BNM Johor Bahru
+607-225 7888

 

Pejabat BNM Kuching
+6082-224-200

 

Pejabat BNM Kota Kinabalu
 +6088-522-310
Waktu urusan: Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang

 

Pejabat BNM Kuala Terengganu
+609-638-2001
Waktu urusan: Ahad hingga Khamis, 9.00 pagi hingga 5.00 petang

© Bank Negara Malaysia, 2020. All rights reserved.