Print       Share


Kemudahan Pemesanan, Pembayaran dan Penghantaran Dalam Talian untuk Penjualan Mata Wang Peringatan yang Dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia

Release Date: 12 Oct 2020

BNM ingin mengumumkan penyediaan kemudahan tempahan, pembayaran dan penghantaran dalam talian untuk penjualan wang syiling peringatan yang dikeluarkan sempena Ulang Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia Ke-50 (UKM50) dan Ulang Tahun Penubuhan Putrajaya Ke-25 (Putrajaya25).

Orang ramai boleh membuat tempahan mereka melalui laman sesawang https://duit.bnm.gov.my mulai hari Isnin, 12 Oktober 2020 (9.00 pagi) hingga hari Jumaat, 30 Oktober 2020 (11.00 malam). Sekiranya terdapat tempahan yang berlebihan, cabutan bagi menentukan tempahan yang berjaya akan dibuat. Orang ramai dinasihati supaya membuat tempahan melalui sistem dalam talian Bank Negara Malaysia sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak lain atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah. Semua tempahan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tiada keutamaan akan diberikan kepada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan.

Maklumat mengenai pembayaran, pengumuman keputusan tempahan dan kemudahan pengiriman akan dimaklumkan melalui laman sesawang tempahan.

© Bank Negara Malaysia, 2020. All rights reserved.