Cetak       Kongsi


Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 30 Jun 2015

No Ruj : 07/15/01 07 Jul 2015 Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam1800 pada hari Selasa 07 Julai 2015
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM398.1 bilion (bersamaan denganUSD105.5 bilion) pada 30 Jun 2015. Paras rizab pada 30 Jun 2015 telah mengambil kira pelarasan suku tahunan nilai rizab disebabkan oleh perubahan pertukaran asing. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan ialah 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek[1].
 
 


[1]Merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, yang termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana bertajuk ‘Definisi Semula Hutang Luar Negeri’ dalam Buletin Suku Tahunan Mengenai Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Pertama 2014.


Lihat juga: BNM Statement of Assets & Liabilities as at 30 Jun 2015

Bank Negara Malaysia
07 Jul 2015

© Bank Negara Malaysia, 2015. All rights reserved.