Cetak       Kongsi


Kajian Semula Tarif Motor

No Ruj : 08/03/20 (BN) 13 Aug 2003 Embargo : Untuk Siaran Segera    
Laporan akhbar baru-baru ini yang menyatakan bahawa Bank Negara Malaysia telah menolak satu cadangan pihak penanggung insurans untuk mengkajisemula tarif motor adalah tidak benar. Bank Negara Malaysia tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Usaha kini sedang diambil untuk merangka sebuah rangka kerja pengunderaitan (underwriting) motor baru yang belum pernah disemak semenjak tahun 1978. Tanggapan bahawa cadangan rangka kerja tarif motor tersebut akan menyebabkan kenaikan dalam kadar premium adalah tidak tepat. Pada hakikatnya, beberapa segmen pengguna kenderaan akan menikmati penurunan premium. Tujuan kajisemula ini adalah untuk memperkenalkan rangka kerja baru yang lebih adil dan saksama kepada pengguna.

Bank Negara Malaysia
13 Aug 2003

© Bank Negara Malaysia, 2003. All rights reserved.