Cetak       Kongsi


Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 30 Jun 2016

No Ruj : 07/16/02 05 Jul 2016 Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam1500 pada hari Selasa 05 Julai 2016

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM390.4 bilion (bersamaan dengan USD97.2 bilion) pada 30 Jun 2016. Penurunan paras rizab dalam dolar Amerika Syarikat (USD) pada 30 Jun 2016 disebabkan terutamanya oleh pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek[1].



[1] Merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, yang termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana bertajuk ‘Definisi Semula Hutang Luar Negeri’ dalam Buletin Suku Tahunan Mengenai Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Pertama 2014.


Lihat juga: BNM Statement of Assets & Liabilities as at 30 Jun 2016

Bank Negara Malaysia
05 Jul 2016

© Bank Negara Malaysia, 2016. All rights reserved.