Cetak       Kongsi


Pembaharuan Pengaturan Swap KRW/MYR Bank of Korea dengan Bank Negara Malaysia

No Ruj : 02/20/01 03 Feb 2020 Embargo : Untuk Siaran Segera    

Bank of Korea dan Bank Negara Malaysia hari ini memeterai perjanjian untuk memperbaharui pengaturan swap KRW/MYR dua hala. Jumlah bagi pengaturan ini dikekalkan sebanyak 5 trilion KRW/ 15 billion MYR, iaitu jumlah yang sama di bawah pengaturan sebelumnya yang dimeterai pada 25 Januari 2017. Pengaturan swap ini adalah untuk tempoh tiga tahun dan boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama antara kedua-dua bank pusat.

Pengaturan ini bertujuan untuk menggalakkan perdagangan dua hala bagi pembangunan ekonomi kedua-dua negara. Perjanjian ini akan mengukuhkan lagi kerjasama kewangan antara Republik Korea dengan Malaysia.

Pengumuman ini boleh didapati dalam laman sesawang yang berikut:

Bank of Korea: http://www.bok.or.kr
Bank Negara Malaysia: https://www.bnm.gov.my

 

Bank Negara Malaysia
Bank of Korea
3 Februari
2020

 

© Bank Negara Malaysia, 2020. All rights reserved.