Cetak       Kongsi


Rangka Kerja Bank Domestik yang Penting Dari Segi Sistemik (D-SIB)

No Ruj : 02/20/02 07 Feb 2020 Embargo : Untuk Siaran Segera    

D-SIB merujuk bank-bank yang berpotensi menyebabkan gangguan yang besar terhadap sistem kewangan domestik dan ekonomi secara lebih meluas jika mereka mengalami kesusahan atau kegagalan. Keperluan modal yang lebih tinggi yang diperkenalkan untuk bank-bank tersebut akan melengkapkan rangka kerja pengawalseliaan yang sedia ada bagi mengurangkan risiko yang ditimbulkan oleh D-SIB kepada kestabilan sistem kewangan Malaysia dan ekonomi secara lebih meluas.

Rangka kerja D-SIB Bank telah dinyatakan dalam rangka kerja Jawatankuasa Penyeliaan Perbankan Basel (Basel Committee on Banking Supervision, BCBS) untuk berurusan dengan D-SIB dan ciri-ciri struktur sistem perbankan Malaysia. D-SIB dikehendaki mengekalkan penampan modal yang lebih tinggi bagi memenuhi keperluan modal pengawalseliaan yang termasuk keperluan untuk menampung kerugian yang lebih tinggi (Higher Loss Absorbency, HLA). Keperluan ini berfungsi untuk meningkatkan keupayaan D-SIB menampung kerugian lantas mengurangkan kemungkinan berlakunya kesusahan atau kegagalan semasa tempoh tekanan. Keperluan ini seterusnya akan menyumbang ke arah sistem kewangan Malaysia yang lebih selamat dan lebih berdaya tahan.

Kumpulan perbankan yang dikenal pasti sebagai D-SIB berdasarkan data 2018 dan metodologi penilaian yang ditetapkan dalam dokumen dasar adalah seperti yang berikut:

Kumpulan

D-SIBs

2

  • Malayan Banking Berhad
  • CIMB Group Holdings Berhad

1

  • Public Bank Berhad

Selaras dengan rangka kerja ini, keperluan HLA yang terpakai untuk D-SIB adalah antara 0.5% hingga 1.0% daripada aset berwajaran risiko, pada tahap yang disatukan. Keperluan HLA untuk D-SIB ini akan mula berkuat kuasa 31 Januari 2021.

Pada masa hadapan, senarai D-SIB akan dikemas kini setiap tahun dan diterbitkan bersama-sama dengan siaran Tinjauan Kestabilan Kewangan Bank pada separuh tahun kedua setiap tahun.

Butiran lanjut mengenai rangka kerja ini boleh didapati dalam dokumen yang berikut:

Bank Negara Malaysia
07 Feb 2020

© Bank Negara Malaysia, 2020. All rights reserved.