Cetak       Kongsi


Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) Diturunkan

No Ruj : 19 Mar 2020 Embargo : Untuk Siaran Segera    

Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (Statutory Reserve Requirement, SRR) akan diturunkan sebanyak 100 mata asas daripada 3.00% kepada 2.00% berkuat kuasa 20 Mac 2020. Di samping itu, setiap Peniaga Utama boleh mengambil kira Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Securities, MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Investment Issues, MGII) sehingga RM1 bilion sebagai sebahagian daripada pematuhan SRR. Fleksibiliti kepada Peniaga Utama ini tersedia sehingga 31 Mac 2021. Kedua-dua langkah ini akan menambah kira-kira RM30 bilion mudah tunai ke dalam sistem perbankan.

SRR merupakan instrumen untuk menguruskan mudah tunai dan bukan menandakan pendirian dasar monetari. Kadar Dasar Semalaman (OPR) ialah satu-satunya penunjuk pendirian dasar monetari yang diumumkan melalui Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari.

Bank Negara Malaysia
19 Mar 2020

© Bank Negara Malaysia, 2020. All rights reserved.