Print       Share


Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2019, Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2019 dan Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2019

Ref No : 03/20/09 26 Mar 2020 Embargo : For immediate release    

Bank Negara Malaysia (Bank) akan menerbitkan tiga laporan, iaitu Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2019 (Annual Report 2019, AR 2019), Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2019 (Economic and Monetary Review, EMR 2019) dan Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2019 (Financial Stability Report Second Half 2019, FSR 2H 2019) pada hari Jumaat, 3 April 2020.

Pada tahun ini, Bank mengambil pendekatan baharu dan berbeza bagi ketiga-tiga penerbitan tersebut. Penerbitan AR 2019 bertujuan menjangkau khalayak ramai yang lebih besar supaya mereka boleh mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam tentang mandat Bank dan cara pelaksanaannya, bidang-bidang di bawah tanggungjawab serta peranan dan fungsi Bank. Pendekatan Bank bagi penerbitannya tahun ini adalah selaras dengan amalan Bank-bank Pusat yang lain. AR 2019 turut menjelaskan operasi utama Bank dan inisiatif yang telah dilaksanakannya sepanjang tahun 2019.

EMR 2019 merupakan penerbitan yang lebih bersifat teknikal dan menumpukan pada penilaian dan unjuran Bank mengenai keadaan dan perkembangan ekonomi. FSR 2H 2019 yang diterbitkan dua kali setahun, juga merupakan penerbitan yang teknikal dan mengandungi penilaian terperinci Bank mengenai risiko terhadap kestabilan kewangan.

Bank Negara Malaysia
26 Mar 2020

© Bank Negara Malaysia, 2020. All rights reserved.