Print       Share


Jepun dan Malaysia Menandatangani Pengaturan Swap Dua Hala

Ref No : 09/20/04 18 Sep 2020 Embargo : For immediate release    

Bank of Japan, yang mewakili Menteri Kewangan Jepun, dan Bank Negara Malaysia hari ini menandatangani Pengaturan Swap Dua Hala (Bilateral Swap Arrangement, BSA) kedua. BSA ini membolehkan kedua-kedua pihak berkuasa ini menjalankan urus niaga swap mata wang tempatan masing-masing (iaitu yen Jepun dan ringgit Malaysia) untuk dolar AS. Pengaturan ini menyediakan sehingga USD3 bilion untuk kedua-dua negara.

BSA ini mencerminkan kerjasama kewangan dua hala yang berterusan antara Jepun dengan Malaysia yang akan menyumbang ke arah kestabilan pasaran kewangan. Kerjasama ini akan terus memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan yang sedang berkembang antara kedua-dua negara.

 

Bank Negara Malaysia
Bank of Japan
18 September 2020

 

© Bank Negara Malaysia, 2020. All rights reserved.