Print       Share


About the Bank

The Shariah Advisory Council of Bank Negara Malaysia (the SAC) 30th Special meeting (revised on 16 October 2020)


The Shariah Advisory Council (SAC) of Bank Negara Malaysia at its 30th special meeting on 14 July 2020 made a ruling in respect of practices of restructuring and rescheduling (R&R) of Islamic financing facility during the COVID-19 crisis.

  1. Restructuring of an Islamic financing facility based on original Shariah contracts

Restructuring of an Islamic financing facility based on the original Shariah contract(s) may be undertaken using a supplementary agreement that is cross referred to the terms and conditions of the original agreement. No new agreement is required. This is intended to reduce the cost and challenges to customers, and operational burden on Islamic financial institutions (IFIs).

A new agreement is required where the restructuring involves -

  1. the application of a different Shariah contract – for example a house financing that is originally based on musharakah mutanaqisah (diminishing partnership) is being restructured using ijarah; or
  2. a combination of multiple financing based on various Shariah contracts into a new single Shariah contract as part of a debt rationalisation exercise.
  1. Restructuring of an Islamic financing facility into a conventional loan (or vice versa)

IFIs are allowed to restructure a conventional loan into an Islamic financing facility. However, restructuring of an Islamic financing facility to a conventional loan is not allowed. In cases where the customer chooses to restructure his existing Islamic financing facility to a conventional loan, it is the customer’s prerogative and choice to do so. In such situation, the customer’s choice is beyond the responsibility and control of the IFI.

  1. Compounding profit on restructuring and rescheduling

IFIs are not allowed to include and account for any accrued profit on an original financing as the new principal amount for the restructured and rescheduled facility. Such practice aims to avoid amplification of profit on debts (compounded profit) that will worsen the financial position of customers who are already badly affected by the COVID-19 pandemic. Therefore, in implementing a restructuring and rescheduling:

  1. the new principal amount for the restructured and rescheduled facility shall be equivalent to the outstanding principal amount of the original facility, provided there is no additional financing;
  2. IFIs are allowed to charge a new profit rate on the new principal amount; and
  3. the amount of accrued profit and late payment charges (where applicable) on the existing financing can be added to the total new debt obligation, but this amount cannot be capitalised in the calculation of new profit.

Revision of SAC Statement

At its 206th meeting dated 19 August 2020, the SAC decided that the basis for the ruling which prohibits compounding of profit on R&R is premised on the principle of ihsan (beneficence). The ruling has taken into consideration the prevailing situation and is intended to ease the financial hardship being experienced by customers as a result of COVID-19, in line with the objectives of Shariah (maqasid Shariah).

 

Please refer attachment for more information

 


 

Keputusan Mesyuarat Khas Majlis Penasihat Shariah (MPS) ke-30 (Semakan semula pada 16 Oktober 2020)

Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia pada mesyuarat khas ke-30 bertarikh 14 Julai 2020 telah memutuskan tatacara berhubung penstrukturan dan penjadualan semula pembiayaan secara Islam (R&R) sewaktu krisis COVID-19.

  1. Penstrukturan semula pembiayaan secara Islam berasaskan kontrak Syariah asal

Penstrukturan semula pembiayaan secara Islam berasaskan kontrak Syariah asal boleh dilakukan dengan memeterai perjanjian tambahan (supplementary agreement) yang dirujuk silang dengan terma dan syarat perjanjian asal dan tidak memerlukan perjanjian baharu. Ini bertujuan mengurangkan kos dan kesulitan kepada pelanggan, serta beban operasi bagi institusi kewangan Islam (IKI).

Perjanjian baharu diperlukan sekiranya penstrukturan semula melibatkan –

  1. penggunaan kontrak Syariah yang berbeza – contohnya pembiayaan asal perumahan berasaskan musyarakah mutanaqisah (perkongsian berkurangan) distruktur semula menggunakan ijarah; atau
  2. penggabungan beberapa pembiayaan berasaskan pelbagai kontrak Syariah menjadi satu kontrak Syariah baharu sebagai sebahagian daripada rasionalisasi hutang.
  1. Penstrukturan semula pembiayaan secara Islam kepada pinjaman konvensional atau sebaliknya

IKI dibenarkan untuk menstruktur semula pinjaman konvensional kepada pembiayaan secara Islam. Walau bagaimanapun, penstrukturan semula pembiayaan secara Islam kepada pinjaman konvensional adalah tidak dibenarkan. Namun, sekiranya pelanggan tetap memilih untuk menstruktur semula pembiayaan secara Islam mereka kepada pinjaman konvensional, ia adalah prerogatif dan pilihan pelanggan untuk berbuat demikian. Dalam hal ini, pilihan pelanggan tersebut adalah di luar tanggungjawab dan kawalan IKI.      

  1. Keuntungan berkompaun bagi penstrukturan dan penjadualan semula

IKI tidak dibenarkan untuk memasuk dan mengambilkira keuntungan terakru bagi pembiayaan asal sebagai amaun prinsipal yang baharu bagi penstrukturan dan penjadualan semula. Amalan sedemikian bertujuan mengelakkan berlakunya keuntungan berganda ke atas hutang (keuntungan berkompaun) yang boleh memburukkan lagi kedudukan kewangan pelanggan yang sememangnya terjejas teruk berikutan COVID-19. Oleh itu, dalam melaksanakan penstrukturan dan penjadualan semula:

  1. amaun prinsipal baharu bagi pembiayaan yang distruktur dan dijadual semula adalah bersamaan dengan baki prinsipal pembiayaan asal sekiranya tiada pembiayaan tambahan;
  2. IKI dibenar mengenakan kadar keuntungan baharu bagi amaun prinsipal baharu tersebut; dan
  3. jumlah keuntungan terakru dan caj lewat bayar (jika terpakai) bagi pembiayaan asal boleh ditambah menjadi obligasi keseluruhan pembayaran hutang tetapi jumlah ini tidak boleh diambilkira dalam pengiraan keuntungan yang baharu (cannot be capitalised).

Semakan semula Kenyataan MPS

Pada mesyuarat ke-206 bertarikh 19 Ogos 2020, MPS telah memutuskan bahawa asas pertimbangan bagi keputusan melarang keuntungan berkompaun dalam R&R adalah berdasarkan prinsip ihsan. Keputusan MPS ini mengambil kira situasi semasa dan bertujuan meringankan permasalahan kewangan yang dihadapi pelanggan akibat pandemik COVID-19 sejajar dengan maqasid Syariah.

Sila lihat lampiran di sini  untuk maklumat lanjut.