Print       Share


Peluang Kerjaya di Bank Negara Malaysia - Temu Duga Terbuka untuk Jawatan Konstabel (Unit Khas) dan Konstabel

Release Date: 20 Sep 2018

Bank Negara Malaysia ingin mempelawa calon yang berkelayakan untuk menghadiri sesi temu duga terbuka bagi jawatan Konstabel (Unit Khas) dan Konstabel di Jabatan Pengurusan Keselamatan Organisasi:


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 28 tahun
  • Sihat tubuh badan, mempunyai deria penglihatan yang baik dan tiada kecacatan fizikal
  • Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah
  • Kelayakan minimum bagi jawatan Konstabel: 

i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dan lulus Bahasa Inggeris.

  • Kelayakan minimum bagi jawatan Konstabel Unit Khas:

i. Diploma dalam bidang Elektrik / Elektronik / Mekanikal / Sains / Kejuruteraan / Teknologi Maklumat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00

ii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris

Calon hendaklah mempunyai ukuran badan dan ciri-ciri fizikal seperti yang berikut:

Kriteria

Lelaki

Wanita

Ketinggian Minimum
(tidak berkasut)

165 cm

163 cm

Berat Badan Minimum

50 kg

48 kg

Ukuran Dada

Sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas)

-

Indeks Jisim Badan
(Body Mass Index - BMI)

Antara 19 hingga 26

Penglihatan

Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna.


FAEDAH DAN KEMUDAHAN

  • Pakej gaji yang kompetitif
  • Kemudahan seperti perumahan (kuarters), pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan
  • Kemudahan rawatan perubatan dan pergigian
  • Perlindungan insurans hayat dan kemalangan
  • Peluang kemajuan kerjaya


PERMOHONAN

Untuk maklumat lanjut mengenai prosedur permohonan, sila layari laman sesawang yang berikut:


TEMU DUGA TERBUKA

Calon yang berkelayakan dipelawa menghadiri sesi temu duga seperti yang berikut:

Kuala Terengganu

Sabtu, 13 Oktober 2018

8.30 pagi – 1.00 petang

Bank Negara Malaysia, Jalan Sultan Mohamad, 21100, Kuala Terengganu, Terengganu


Sila bawa bersama-sama perkara yang berikut semasa menghadiri temu duga:

  • Pakaian formal untuk sesi temu duga dan pakaian sukan (kemeja T-berkolar, seluar panjang trek, kasut sukan dan stoking) untuk ujian kecergasan dan fizikal
  • Satu (1) gambar terkini berukuran pasport
  • Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) – sila bawa dokumen asal dan salinan (depan dan belakang)
  • Resume terkini
  • Sijil akademik (SPM/STPM/Diploma) – sila bawa dokumen asal dan salinan
  • Penyata gaji tiga (3) bulan terkini, sekiranya berkenaan
  • Kebenaran bertulis daripada majikan bagi anggota Polis Bantuan yang sedang berkhidmat


Hanya calon yang memenuhi kriteria yang dinyatakan di atas akan disenarai pendek untuk menjalani proses penilaian dan temu duga
 
 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 2692 5373 atau 03 2698 8044 (samb. 8279).

Muat turun : Borang Maklumat Pemohon

© Bank Negara Malaysia, 2020. All rights reserved.