Cetak       Kongsi


FAQs

Soalan Lazim tentang Perkhidmatan Pertukaran Wang Kertas dan Duit Syiling Rosak oleh BNM Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Perintah)
  1. Adakah pelaksanaan Perintah ini akan memberi kesan terhadap perkhidmatan pertukaran wang kertas dan duit syiling rosak yang disediakan oleh BNM?

    Ya. Perkhidmatan pertukaran wang kertas dan duit syiling rosak di Ibu Pejabat BNM dan Pejabat BNM seluruh negara akan diberhentikan sepanjang tempoh Perintah ini iaitu daripada 18 sehingga 31 Mac 2020. Perkhidmatan ini akan disambung semula pada 1 April 2020.
     
  2. Bagaimana saya dapat menukar wang kertas dan/atau duit syiling saya yang rosak?

    Orang ramai dinasihatkan untuk menukar wang kertas dan duit syiling rosak di Ibu Pejabat BNM atau Pejabat BNM setelah tamat tempoh Perintah ini.
     
  3. Saya perlu menukar wang kertas dan/atau duit syiling rosak dengan segera. Bolehkah pertukaran ini dilaksanakan?

    Permintaan seperti ini akan dinilai mengikut budi bicara BNM. Anda boleh menghubungi pegawai BNM untuk maklumat lanjut di 03 - 2690 7414/7416/7417/7390.

  4. Bolehkah saya menghantar wang kertas dan/atau duit syiling rosak ke BNM melalui pos untuk urusan pertukaran?

    Tidak. BNM tidak membenarkan pertukaran wang kertas dan duit syiling rosak melalui pos.