Notices & Announcements
Filter by year
Filter by year
Bank Negara Malaysia ingin memberi amaran kepada orang ramai tentang percubaan pancingan data oleh penipu yang menggunakan nama Bank Negara Malaysia untuk menipu orang ramai dalam mendedahkan butiran perbankan peribadi mereka.
Orang ramai diingatkan supaya mengabaikan permintaan tersebut dan mengelak daripada memberikan maklumat perbankan peribadi kepada sesiapa dalam apa jua keadaan. Institusi kewangan, termasuk pengeluar kad kredit dan Bank Negara Malaysia dan semua institusi perbankan tidak akan sekali-kali meminta maklumat perbankan peribadi semasa menghubungi pelanggan, sama ada melalui panggilan telefon, SMS atau e-mel.
Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti penipuan kewangan, lawati tapak amaran penipuan kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my. Orang ramai boleh menghubungi atau melawat:
BNMTELELINK (Pusat Hubungan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faks: (03)2174 1515
E-mel: [email protected]
Untuk menyerahkan pertanyaan atau aduan, taip 15888
BNM TANYA [pertanyaan/aduan anda]
BNMLINK (Pusat Khidmat Pelanggan Walk-in)
Block D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Waktu perniagaan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)
Atau Kunjungi cawangan BNMLINK di Bank Negara Malaysia Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching atau
Panggil ABMConnect (Talian Utama kepada Persatuan Bank-Bank di Malaysia)
Tel: 1-300-88-9980