New Design RM5 Banknotes
Embargo : For immediate release Not for publication or broadcast before 1600 on Thursday, 23 September 199923 Sep 1999
Bank Negara Malaysia announced today that it has issued the new design RM5 currency notes into circulation from Monday, September 27, 1999.The new RM5 is the fifth denomination issued in the current Malaysian currency note series (the third series of designs) which will be replacing the second series in stages. The third series was introduced in February 1996 with the issuance of the RM2 denomination; the new RM10 denomination was subsequently issued in January 1998, the new RM50 denomination in July 1998 and the new RM100 denomination in October 1998.
New Design RM5
The new design RM5 note, which measures 135 mm by 65 mm, retains the predominant green colour of the existing design and carries a design motif representing the construction sector. The design motif is part of the main theme "WAWASAN 2020" for the new series which reflects Malaysia's economic development and achievement towards a fully developed country. On the front face of the note, the dominant intaglio portrait of the First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong is retained as a dominant feature. On the back of the note, the design motif is represented with landmark buildings such as the Kuala Lumpur International Airport, Petronas Twin Towers and a geographical map with symbols representing Putrajaya and Cyberjaya. The motif on the reverse side depicts major construction activity involving completed and ongoing infrastructure projects. As in the case of the other denominations in the series, the new RM5 note uses the "RM" as the currency symbol for the Malaysian Ringgit.
Security Features
New security features are also incorporated in the new design RM5 in response to advances in banknote technology.These additional features are necessary as protection against threats posed by the continuing improvement in colour copier, scanner and printer technology. Some of the existing security features which have proven effective are also retained. The security features of the new design RM5 denomination include the following:-
Uncut RM5 notes
To commemorate the issuance of the new notes, Bank Negara Malaysia will make available for sale to the public uncut RM5 banknotes in sheet form with effect from September 27, 1999. The four types of uncut RM5 notes available and their prices are as follows:-
Types Sale Price Quantity
(i) 3-in-1 Single (in folder) RM35 20,000 sets
(ii) 3-in-1 Pair (in folder) RM60 20,000 sets
(iii) 8-in-1 Single (in folder) RM80 5,000 sets
(iv) 30-in-1 single (in scroll) RM400 3,000 sets
The sale of these uncut notes will be made tthrough selected branches of Malayan Banking Berhad, Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Public Bank Berhad and RHB Bank Berhad throughout the country. The availability of the uncut notes will be on a first come first served basis and will be restricted to one set of each type per person due to the limited quantities for sale. Members of the public are advised to call the four banks if they require further information on the distribution outlets. The contact numbers of the four banks are listed below :-
Public Attention
The new design RM5 notes to be issued immediately will bear the signature of Bank Negara Malaysia Governor, Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, in the lower center part of the front face of the notes.
The public is advised to note carefully the security features and design of the new RM5 notes outlined above.The existing design RM5 notes (second series) will remain as legal tender and will continue to circulate alongside the new design RM5 notes (third series) until the former are phased out.
BANK NEGARA MALAYSIA
27 September 1999
Kenyataan Akhbar: Rekabentuk Baru Wang Kertas RM5
Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa wang kertas reka bentuk baru RM5 akan mula diedarkan pada hari ini.Wang kertas baru RM5 merupakan denominasi kelima dari wang kertas Malaysia siri baru (rekabentuk siri ketiga) yang akan menggantikan wang kertas siri semasa secara berperingkat-peringkat. Rekabentuk siri ketiga telah dikeluarkan pada bulan Februari 1996 dengan wang kertas baru RM2, diikuti dengan wang kertas baru RM10 pada bulan Januari 1998, wang kertas baru RM50 pada bulan Julai 1998 dan wang kertas baru RM100 pada bulan Oktober 1998.
RM5 Siri Reka Bentuk Baru
Wang kertas siri baru RM5 berukuran 135mm dengan 65mm berwarna hijau muda terang saperti yang terdapat di wangkertas RM5 sekarang, bermotifkan sektor pembinaan. Motif ini adalah sebahagian dari tema "Wawasan 2020"menggambarkan perkembangan serta pencapaian pesat ekonomi Malaysia menuju ke arah sebuah negara maju. Bahagian hadapan wang kertas ini mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama dalam cetakan timbul intaglio sebagai ciri utama. Bahagian belakang pula memaparkan bangunan seperti bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Menara Kembar Petronas dan lakaran peta simbol lambang Putrajaya dan Cyberjaya. Reka bentuk ini adalah menggambarkan kepesatan aktiviti ekonomi di dalam negara yang melibatkan projek infrastuktur yang telah siap dan masih dalam pembinaan. Saperti yang terdapat di wang kertas siri baru yang lain, wang kertas RM5 ini juga menggunakan “RM” sebagai simbol mata wang Ringgit Malaysia.
Ciri-ciri Keselamatan
Ciri-ciri keselamatan terkini yang diperkenalkan pada siri baru RM5 ini amat bersesuaian dengan perkembangan yangberlaku dalam teknologi mencetak wang kertas sekarang. Ciri-ciri tambahan ini perlu bagi menghalang wang kertas baru dari dipalsukan meskipun dengan menggunakan mesin pendua atau mesin pencetak yang canggih. Sesetengah ciri-ciri keselamatan yang terbukti berkesan akan terus dikekalkan. Ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas siri baru RM5 ini adalah seperti berikut:-
· Benang keselamatan dengan teks yang mudah dibaca oleh mesin dan apabila dilihat di bawah cahaya lampu ultra ungu, benang keselamatan akan bertukar warna saperti warna pelangi.
· Benang Serat akan kelihatan dalam tiga warna iaitu merah, kuning dan biru apabila dilihat di bawah cahaya lampu ultra ungu.
· Segi empat “Printed and Embossed Anticopy Key” (PEAK) akan bertukar warna dan angka “5” akan kelihatan apabila dilihat dari sudut yang berlainan dengan mengubah kedudukan wang kertas.
· Potret tanda bayang tiga- dimensi dengan angka “5” dibahagian bawah.
· Tanda pandang telus apabila dilihat pada cahaya, bunga raya dibahagian depan akan kelihatan selari dengan bunga raya di bahagian belakang. Bunga raya ini juga akan berkilau di bawah cahaya lampu ultra ungu.
· Petak empat segi peka cahaya dengan teks “BNM” dan angka “5” akan kelihatan di bawah cahaya ultra ungu.
· Nombor novel ialah nombor siri yang saiznya berubah dari kecil kepada semakin besar.
Wang Kertas Bercantum RM5
Bagi memperingati pelancaran wang kertas siri baru RM5 ini, Bank Negara Malaysia akan menjual kepada orang awam wang kertas bercantum RM5 mulai hari Isnin, September 27, 1999. Empat jenis wang kertas bercantum akan dijual dengan harga seperti berikut :-
Jenis Harga Jualan Kuantiti
(i) 3 dalam 1 RM35 20,000 set
(satu set siri baru)
(ii) 3 dalam 1 RM60 20,000 set
(sepasang set mengandungi
siri sekarang dan baru)
(iii) 8 dalam 1 RM80 5,000 set
(satu set siri baru)
(iv) 30 dalam 1 RM400 3,000 set
(satu set siri baru)
Penjualan wang kertas bercantum ini akan dibuat melalui cawangan empat buah bank perdagangan iaitu Malayan Banking Berhad, Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Public Bank Berhad dan RHB Bank Berhad di seluruh negara. Memandangkan kuantiti wang kertas bercantum yang ditawarkan adalah terhad, maka setiap seorang hanya dibenarkan membeli satu set sahaja dari setiap jenis dan ianya berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat. Orang ramai dinasihatkanmenghubungi keempat-empat buah bank berkenaan untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai cawangan-cawangan yang terlibat dengan pengedaran. Nombor telefon bank-bank perdagangan tersebut adalah seperti berikut :-
· Malayan Banking Berhad 03-2348042/2347520
· Bank Bumiputra Malaysia Berhad 03-94/207/8/9
· Public Bank Berhad 03-2638888/2639168
· RHB Bank Berhad 03-9806015/9806006
Perhatian Awam
Wang kertas siri baru RM5 yang akan diedarkan kepada orang awam dengan serta merta ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman ditengah sebelah bawah bahagian hadapan wang kertas tersebut.
Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati apabila membezakan di antara wang kertas tulen dan wang kertas tiruan berpandukan pada ciri-ciri keselamatan yang telah dinyatakan. Wang kertas RM5 siri semasa masih sah diperlakukan dan terus diedarkan bersama-sama siri baru sehinggalah RM5 siri sekarang dikeluarkan dari edaran.
Bank Negara Malaysia
23 September 1999
© Bank Negara Malaysia, 1999. All rights reserved.