Institusi perbankan faham akan cabaran yang masih dihadapi oleh sesetengah peminjam sekarang ini.
BANTUAN disediakan untuk SEMUA.
Individu dan perniagaan yang memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman perlu menghubungi bank masing-masing untuk memilih bantuan bayaran balik pinjaman yang dikehendaki.
1. Pakej Bantuan Bayaran Balik Pinjaman untuk Individu
| Kategori | Bantuan Bayaran Balik Pinjaman |
|---|---|
| 1. Kehilangan pekerjaan (B40, M40, dan T20) |
i) Moratorium selama tiga bulan; ATAU ii) Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan. |
| 2. B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) | |
|
3. Pengurangan pendapatan (semua peminjam) - Termasuk gaji, elaun, komisen, gaji untuk kerja lebih masa, pendapatan isi rumah, dan mereka yang mengambil cuti tanpa gaji atau cuti gaji tak penuh (partial pay leave). |
Pengurangan ansuran bulanan selaras dengan pendapatan yang berkurang |
Bantuan khusus lain yang bersesuaian dengan keperluan dan keadaan kewangan individu terus tersedia.
Sila hubungi bank anda untuk butiran lanjut.
1. Pakej Bantuan Bayaran Balik Pinjaman untuk Perniagaan
| Kategori | Bantuan Bayaran Balik Pinjaman |
|---|---|
|
1. Perusahaan Mikro (seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp, untuk kemudahan dengan jumlah yang diluluskan hingga RM150,000) |
Moratorium selama 3 bulan; ATAU Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan |
| 2. PKS termasuk perusahaan mikro yang tidak dibenarkan beroperasi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (locked-down sectors)* |
* Senarai seperti yang ditakrifkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Bantuan khusus lain yang bersesuaian dengan keperluan dan keadaan kewangan perniagaan terus tersedia.
Sila hubungi bank anda untuk butiran lanjut.
2. Pilih Pakej Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Anda
Bank-bank komited untuk menjadikan proses Bantuan Bayaran Balik Pinjaman MUDAH dan EFISIEN.
Untuk mendapatkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman ini, peminjam boleh menghubungi bank masing-masing dan membuat pilihan yang dikehendaki.
Selepas membuat pilihan pakej Bantuan Bayaran Balik Pinjaman, bank akan memproses pilihan anda dalam tempoh 5 hari kalendar untuk peminjam individu, dan 14 hari kalendar bagi peminjam PKS.
Peminjam yang tidak menerima sebarang maklum balas daripada bank mereka dalam tempoh yang ditetapkan atau menghadapi kesukaran berurusan dengan bank mereka boleh menghubungi BNM TELELINK atau isikan borang ini untuk membuat aduan: bnm.my/RAsurvey
Peminjam yang mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman mereka seharusnya berbuat demikian. Tindakan ini adalah lebih baik kerana kos peminjaman keseluruhan dapat dikurangkan.
Sejak bulan Oktober 2020, seramai 1.7 juta peminjam telah menerima bantuan bayaran balik pinjaman.
Senarai Laman Web Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Institusi Perbankan
Berikut adalah senarai laman web institusi perbankan dengan butiran mengenai program bantuan bayaran balik pinjaman mereka.