Dalam suasana yang terus mencabar sebahagian peminjam, Bank Negara Malaysia dan industri kewangan Malaysia beriltizam untuk membantu individu dan perniagaan yang berdaya maju yang terkesan oleh pandemik COVID-19, demi menyokong pemulihan ekonomi dan memelihara kesejahteraan sumber pendapatan rakyat Malaysia.
Sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, Bank Negara Malaysia akan menyediakan tambahan dan menambahbaik kemudahan pembiayaan, bagi memberikan bantuan dan menyokong pemulihan PKS.
Kemudahan pinjaman bernilai
RM4 bilion ini adalah untuk membantu PKS dalam sektor perkhidmatan. Kemudahan ini ditawarkan pada kadar sehingga 3.5% setahun dan boleh diperoleh melalui institusi kewangan peserta, dengan perlindungan jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) atau Credit Guarantee Corporation (CGC).
Kemudahan ini tersedia sehingga 31 Disember 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya (mana yang lebih awal).
Kemudahan bernilai RM1 bilion ini bertujuan untuk membantu PKS berteknologi tinggi dan berorientasikan inovasi yang terjejas untuk pulih dan menggiatkan semula kapasiti inovasi negara. Kemudahan ini ditawarkan pada kadar faedah pembiayaan sehingga 3.5% setahun untuk pembiayaan tanpa jaminan atau sehingga 5% setahun termasuk fi jaminan (dengan perlindungan jaminan daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).
Kemudahan ini tersedia sehingga 31 Disember 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya (mana yang lebih awal).
Kemudahan ini akan dinaikkan nilainya daripada RM300 juta kepada RM410 juta dengan baki peruntukan yang tersedia sebanyak RM200 juta untuk menyokong perusahaan mikro termasuk pekerja sambilan (gig workers) yang menggunakan platform digital dan pekerja yang bekerja sendiri. Kemudahan ini adalah untuk modal kerja dan perbelanjaan modal.
BNM memperuntukkan berbillion ringgit untuk membantu PKS menerusi dana khusus untuk membolehkan PKS meneruskan operasi perniagaan, melindungi pekerjaan, dan menggalakan pelaburan domestik. Ciri-ciri & syarat kelayakan untuk dana yang masih tersedia adalah seperti berikut:
Selain Dana BNM untuk PKS, terdapat pelbagai Kemudahan Bantuan Pembiayaan yang tersedia untuk PKS
Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, serta untuk individu dan PKS yang pendapatan mereka terjejas akibat pandemik, semua bank terus bersedia memberikan bantuan kepada peminjam yang memerlukan.
Peminjam perlu terus menghubungi bank mereka untuk bantuan bayaran balik yang sesuai mengikut keadaan kewangan khusus mereka.
Maklumat lanjut terdapat di laman web Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA)
Selain itu, Kerajaan, BNM dan industri kewangan sedang bekerjasama berhubung dengan beberapa inisiatif untuk memberikan bantuan selanjutnya kepada individu dan PKS. Butiran lanjut mengenai semua langkah ini akan dikeluarkan oleh persatuan perbankan dan persatuan insurans tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK melalui bnmtelelink@bnm.gov.my.
Program iTEKAD, yang dilancarkan pada bulan Mei 2020, menggabungkan instrumen kewangan sosial seperti zakat, sedekah dan wakaf dengan pemberian pembiayaan mikro, latihan secara berstruktur dan bimbingan untuk memperkasa usahawan mikro daripada segmen B40 supaya dapat menjana pendapatan yang berterusan dan membina daya tahan kewangan.
Sejajar dengan peningkatan peruntukan untuk MEF, program iTEKAD akan turut diluaskan dengan penyertaan lebih banyak institusi kewangan Islam melalui kerjasama rangkaian rakan pelaksana dan rakan negeri yang lebih meluas dalam program ini pada tahun 2021.
Bantuan kewangan akan disediakan oleh Kerajaan untuk golongan B40 dalam bentuk baucar bagi pembelian perlindungan insurans dan takaful di bawah skim Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen. Baucar bantuan kewangan sebanyak RM50 akan diberikan kepada golongan B40 yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang bermula 1 April 2021.
Produk Perlindungan Tenang merupakan produk yang diluluskan oleh BNM bagi memenuhi keperluan segmen masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan. Produk ini mesti memenuhi kriteria yang ketat terhadap kemampuan dan nilai pelanggan, dengan pengecualian yang minimum bagi memudahkan tuntutan dan memastikan perlindungan yang bermakna, terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah. Produk tersebut merangkumi perlindungan takaful hayat dan kemalangan diri.
Untuk maklumat lanjut tentang produk Perlindungan Tenang dan untuk mendapatkan senarai penyedia yang mengambil bahagian, orang ramai boleh merujuk:
Fungsi Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SDRS) telah dipindahkan ke AKPK mulai 1 September 2020. Ini akan membantu PKS termasuk PKS Mikro mendapat akses lebih baik kepada skim penyelsaian hutang, bagi membantu mengurus kewangan mereka.
OPR lebih rendah berupaya mengurangkan kadar faedah/keuntungan atas pinjaman/pembiayaan oleh institusi perbankan. Ini mampu mengurangkan obligasi pinjaman bulanan untuk perniagaan dan isi rumah.
Kemudahan Bantuan Khas (SRF) direkabentuk bagi membantu melegakan masalah aliran tunai jangka pendek yang dihadapai PKS yang terjejas oleh COVID-19. Dana ini tidak lagi dibuka untuk permohonan.
Kerajaan telah membentuk dana khusus di bawah inisiatif PENJANA untuk perniagaan di sektor pelancongan yang masih terjejas oleh pandemik. Permohonan untuk dana ini kini dibuka.
Kerajaan telah mengumumkan moratorium 6 bulan atas bayaran balik pinjaman/pembiayaan mulai 1 April 2020. Ia dijangka membantu melegakan beban bulanan individu dan perniagaan yang terjejas pendapatan mereka akibat pandemik.
Moratorium ialah langkah bantuan sementara yang membolehkan bayaran balik pinjaman ditangguh tetapi akan menyebabkan bayaran bulan meningkat. R&R pinjaman mampu mengurangkan obligasi bulanan dengan memanjangkan tempoh pinjaman atau menukar syarat pinjaman.
Peminjam perlu menghubungi bank mereka untuk tindakan lanjut, dan tidak menunggu sehingga tamatnya tempoh moratorium.
Langkah membabitkan penangguhan premium insurans hayat/sumbangan takaful keluarga, fleksibiliti untuk mengekalkan/menghidupkan semula polisi, fleksibiliti untuk melengkapkan premium insurans am/sumbangan takaful, dan pencepatan proses tuntutan sehingga 31 Dis 2020.
Keputusan Majlis meliputi kontrak pembiayaan, pertukaran antara pinjaman konvensional dan pembiayaan Islam, dan keuntungan dikompaun.
Persatuan Bank-bank dalam Malaysia (ABM), Persatuan Bank Islam di Malaysia (AIBIM), Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) sedang bekerjasama dengan BNM untuk membantu peminjam yang terjejas oleh pandemik.
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) bersama-sama menubuhkan Tabung Saringan COVID-19 bagi membantu Kementerian Kesihatan menjalankan lebih banyak saringan untuk pemegang polisi.
Peminjam tidak perlu menunggu sehingga tamatnya moratorium untuk menghubungi bank mereka bagi mendapatkan bantuan. Rancang dan bertindak sekarang untuk manfaat terbaik.
Koleksi video pendek yang diambil daripada webinar yang dianjurkan BNM