Penerbitan
Bank Negara mengeluarkan penerbitan berikut secara berkala:
Penerbitan Terkini
Bank Negara mengeluarkan penerbitan berikut secara berkala:
Penerbitan bulanan ini mengandungi dua bahagian utama. Pertama, penerbitan laporan ‘Sorotan Bulanan’ yang memaparkan isu penting mengenai perkembangan ekonomi dan kewangan dalam negeri bagi bulan ini. Kedua, penyiaran data bulanan meliputi bidang seperti kunci kira-kira disatukan (consolidated balance sheet) sistem perbankan, pasaran kewangan, insurans dan takaful, sektor luaran dan penunjuk makroekonomi Malaysia yang lain. Secara keseluruhan, penerbitan ini bertujuan untuk menjadi sumber utama bagi pengemaskinian bulanan dan perangkaan berkaitan perkembangan ekonomi dan kewangan negara.
Buletin Suku Tahunan Bank Negara mengandungi laporan keadaan ekonomi di sepanjang suku tahun. Kajian amnya merangkumi keadaan ekonomi dunia dan Malaysia di samping penunjuk-penunjuk utama, seperti KDNK dan agregat monetari. Buletin in juga mengandungi laporan mendalam berkenaan aktiviti bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan.
Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia memberikan maklumat yang banyak dan mendalam mengenai perkembangan ekonomi dan trendnya di Malaysia. Laporan ini mengandungi maklmat mengenai wang dan kredit, kewangan awam, perkembangan sektor benar (pengeluaran, harga, upah dan guna tenaga) dan perkembangan sektor luaran (kadar pertukaran, perdagangan dan imbangan pembayaran)
Tinjauan Ekonomi & Monetari ialah penerbitan teknikal yang merekodkan penilaian dan kajian ekonomi oleh Bank. Ia bertumpu kepada perkembangan ekonomi dan monetari ekonomi Malaysia, serta prospek untuk tahun tersebut.
Tinjauan Kestabilan Kewangan ini memberikan penilaian Bank Negara Malaysia mengenai risiko semasa dan potensi risiko terhadap kestabilan kewangan negara dan daya tahan sistem kewangan Malaysia yang berperanan penting sebagai pengantara kewangan dalam ekonomi.
Laporan ini juga mengandungi rencana mengenai topik terpilih yang menarik minat semasa serta relevan dengan pengurusan ekonomi makro negara. Replaced by Financial Stability Review in 2018.
Nota:
Mulai tahun 2006, Laporan Tahunan Insurans dan Laporan Tahunan Takaful telah dihentikan. Maklumat dan statistik yang terkandung dalam laporan tersebut kemudian diterbitkan dalam Tinjauan Kestabilan Kewangan. Klik di sini untuk arkib Laporan Tahunan Insurans dan di sini untuk arkib Laporan Tahunan Takaful.
Mulai tahun 2008, penerbitan Laporan Tahunan PKS diterbitkan oleh SMECorp Malaysia. Layari laman web SMECorp untuk mendapatkan laporan terkini. Klik di sini untuk mengakses arkib laporan.
Pelan Tindakan ini menetapkan keutamaan pembangunan Bank untuk sektor kewangan dalam tempoh lima tahun akan datang, berpaksikan pada usaha untuk memupuk dinamik pasaran dan menyokong objektif pembangunan mampan, dengan tumpuan berterusan pada mandat kestabilan monetari dan kewangannya.
Beyond the Headline: Inflation Through the Eyes of Households
Annual Report 2025
Disentangling Malaysia Value Chains in The Age of Trade Turbulence
Economic & Monetary Review 2025
BNM menerbitkan hasil penyelidikan ekonomi, perbincangan dan kertas kerja sekali-sekala.
Satu penyelidikan bersama oleh Bank Dunia dan BNM
Laporan Ringkasan
Satu laporan bersama oleh BNM, World Bank Group dan UNDP BIOFIN
RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama FOMCA dan Bank Negara Malaysia. Kerjasama ini membolehkan jangkauan yang lebih luas dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran pengguna kepada tahap yang lebih tinggi terhadap isu-isu kewangan. Sesungguhnya ini merupakan komitmen kami untuk mewujudkan aktivisme dan perlindungan kewangan yang lebih baik.