Introduction of Travellers Declaration Pass in Sabah, Sarawak and Wilayah Persekutuan Labuan

Embargo: Not for publication or broadcast before 1600 on Friday, 17 September 1999
17 Sep 1999 Press Release
  1. Bank Negara Malaysia (BNM) wishes to announce the introduction of Travellers Declaration Pass (TDP) in Sabah, Sarawak and Wilayah Persekutuan Labuan which will take effect from October 1, 1999. The TDP will be issued to:-
  1. Resident workers who possess valid work permit and commute daily to work in Brunei; and
  2. Border and barter traders (residents and non-residents) in Sabah and Sarawak who ply their trade between the border towns of Phillippines, Indonesia and Brunei.
  1. With the implementation of the TDP in these states, the following will apply:-
  1. Border and barter traders who become TDP holders, can have in their possession at any one time, in the course of their cross border trade, not more than RM10,000 in ringgit notes and not more than RM10,000 equivalent in foreign currency;
  2. Resident workers who become TDP holders are still subject to limits imposed on the amount of currency to be imported and exported i.e. the import and export of Ringgit should not be more than RM1,000 and the export of foreign currencies and travellers cheques should not exceed the equivalent of RM10,000;
  3. The TDP will have a validity period of 1 year commencing from 1 October 1999 and subject to renewal on expiry date;
  4. The TDP holders need not complete the Travellers Declaration Form as long as they comply with the abovesaid limits set for the respective TDP holders;
  5. The TDP holder is still subject to random checks by Customs officers.
  1. Bank Negara Malaysia with the co-operation of Custom Department and the Immigration Department will oversee the implementation of the TDP for all groups. Members of the public who are eligible to apply for the TDP will be able to obtain information on the criteria and conditions used for issuing the TDP from the Customs or Immigration offices at the following specified locations:-
    Sarawak : Limbang, Tedungan, Tebedu and Sungai Tujuh
    Sabah : Sandakan and Tawau
    Wilayah Persekutuan Labuan
  1. Application forms for the TDP will be issued free and will be available at the Customs and Immigration offices at the abovementioned locations from September 20, 1999. Completed application form should be submitted to Customs office at the specified locations with a payment of RM10 either in cash, bank draft or postal order payable to "Bank Negara Malaysia". Application form must be submitted together with the following documents:-
    1. A copy of the identity card;
    2. A passport size colour photo;
    3. A copy of the work permit to work in Brunei; or
    4. A copy of relevent business licenses/permit or confirmation letter from relevant authority.
  1. The TDP is essentially a declaration that the TDP holder only carries the amount of currency permitted for TDP holders. BNM is confident that the introduction of TDP for border towns in Sabah and Sarawak as well as in Labuan will further enhance trade in the relevant border areas and also reduce inconvenience to the affected members of the public.

Bank Negara Malaysia
17 September 1999


Penggunaan Pas Perisytiharan Pengembara (TDP) di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

  1. Bank Negara Malaysia (BNM) akan melaksanakan penggunaan Pas Perisytiharan Pengembara (TDP) di negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa 1 Oktober 1999. TDP akan dikeluarkan kepada:-
  1. Pekerja-pekerja pemastautin yang memiliki permit kerja yang sah dan berulang alik setiap hari untuk bekerja di Brunei; dan
  2. Peniaga sempadan dan peniaga tukar barang yang terdiri daripada pemastautin dan bukan pemastautin di Sabah dan Sarawak yang menjalankan urusniaga di antara pekan-pekan di sempadan Filipina, Indonesia dan Brunei.
  1. Pelaksanaan TDP di negeri-negeri tersebut adalah sebagaimana berikut:-
  1. Peniaga-peniaga di sempadan dan peniaga tukar barang yang memegang TDP boleh membawa Ringgit sehingga RM10,000 dan mata wang asing dan cek kembara yang jumlahnya adalah tidak melebihi nilai persamaan RM10,000 setiap kali keluar masuk sempadan bagi tujuan urusniaga;
  2. Pekerja-pekerja pemastautin yang memegang TDP adalah tertakluk kepada had yang dikenakan ke atas matawang yang diimport dan dieksport iaitu import dan eksport Ringgit adalah tidak melebihi RM1,000 dan eksport mata wang asing dan cek kembara jumlahnya adalah tidak melebihi nilai persamaan RM10,000;
  3. TDP mempunyai tempoh had laku iaitu satu tahun mulai dari 1 Oktober 1999 dan hendaklah diperbaharui sebelum tarikh tamat;
  4. Pemegang TDP tidak perlu mengisi Borang Perisytiharan Pengembara (TDF) sekiranya mereka mematuhi peraturan membawa matawang dalam had jumlah yang dibenarkan untuk pemegang TDP yang berkenaan;
  5. Pemegang TDP masih tertakluk kepada pemeriksaan secara rambang oleh pegawai-pegawai Kastam.
  1. Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja dan juga Jabatan Imigresen akan mengawasi pelaksanaan TDP bagi semua peringkat. Orang ramai yang layak untuk memohon TDP boleh mendapat maklumat lanjut mengenai kriteria dan syarat-syarat yang dikenakan bagi pengeluaran TDP daripada Pejabat Kastam atau Imigresen di lokasi-lokasi yang dikenalpasti seperti berikut:- Negeri Sarawak : Limbang, Tedungan, Tebedu dan Sungai Tujuh
    Negeri Sabah : Sandakan dan Tawau
    Wilayah Persekutuan Labuan
  2. Borang-borang permohonan untuk TDP akan diedarkan secara percuma dan boleh diperolehi daripada Pejabat Kastam dan Eksais Diraja Malaysia dan Pejabat Imigresen di tujuh lokasi seperti yang tersebut di atas mulai 20 September 1999. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pejabat Kastam di lokasi-lokasi yang dikenalpasti bersama-sama bayaran perkhidmatan sebanyak RM10 dalam bentuk samada tunai atau deraf bank/wang pos atas nama "Bank Negara Malaysia" dan disertai dengan dokumen-dokumen berikut:-
    1. 1 salinan kad pengenalan;
    2. Sekeping gambar berwarna berukuran pasport;
    3. 1 salinan permit kerja di Brunei; atau
    4. 1 salinan lesen perniagaan yang berkaitan/permit atau surat pengesahan yang berkaitan daripada pihak yang berkuasa.
  1. TDP adalah merupakan suatu bentuk perisytiharan di mana pemegang-pemegang TDP hanya membawa matawang dalam had jumlah yang dibenarkan untuk pemegang TDP. BNM yakin pelaksanaan TDP di pekan-pekan di sempadan negeri Sabah, Sarawak dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan akan dapat mempertingkatkan lagi perniagaan di lokasi berkenaan dan juga akan dapat mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh mereka yang terlibat.

Bank Negara Malaysia
17 September 1999

© Bank Negara Malaysia, 2026. All rights reserved.

Share this page

Was this page helpful?