Soalan Lazim
Apakah yang boleh saya lakukan jika saya telah ditipu sejumlah wang?
Jika anda menjadi mangsa penipuan kewangan:
- segera hubungi talian scam hotline bank anda, atau Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC) di 997

DAN
- Buat laporan polis
Panggilan ke NSRC mesti dibuat dalam masa 24 jam dari waktu kejadian penipuan dan dalam waktu operasinya (8 pagi-8 malam termasuk hujung minggu dan cuti umum)
Maklumat lanjut:
Bagaimanakah saya boleh mengelakkan penipuan atau mengesannya?
Amalkan tip berikut untuk mengelak menjadi mangsa penipuan:




Ketahui cara untuk mengenali scam:
Bagaimanakah cara untuk mengetahui jika syarikat dilesenkan atau diluluskan oleh BNM?
Senarai institusi yang dilesenkan atau diluluskan oleh BNM boleh didapati di Direktori Peserta Sektor Kewangan kami: bnm.gov.my/regulations/fsp-directory
Entiti yang tidak disenaraikan tidak semestinya berada di bawah bidang kuasa kami. Walau bagaimanapun, terdapat aktiviti tertentu yang tertakluk kepada undang-undang yang ditadbir oleh BNM.
Anda juga harus menyemak halaman berikut untuk meningkatkan kesedaran anda:
- Senarai Makluman Pengguna Kewangan: bnm.gov.my/fca
- Tindakan Penguatkuasaan: bnm.gov.my/enforcement-actions
Tiada carian