Syarat Penggunaan untuk Set Data BNM

1. Syarat Penggunaan untuk Set Data BNM menggariskan terma dan syarat yang terpakai bagi penggunaan set data yang diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM) selaku penyusun data utama, iaitu yang dilabelkan sebagai “Sumber: Bank Negara Malaysia”. Set data yang diperoleh semata-mata daripada pihak lain adalah tertakluk kepada Syarat Penggunaan standard di laman web BNM.

2. BNM membenarkan penggunaan data tanpa sebarang bayaran.

3. Pengguna bebas untuk:

a. menyalin, menerbitkan, mengedar dan memindahkan data;

b. mengguna pakai data;

c. menggunakan data bagi tujuan komersial dan bukan komersial; dan

d. menggabungkan data dengan data lain, atau memasukkan data ke dalam produk atau aplikasi yang dihasilkan oleh Pengguna.

4. Semasa melaksanakan sebarang tindakan yang dinyatakan dalam seksyen 3, Pengguna hendaklah:

a. mengakui sumber data dalam produk atau aplikasi dengan menyertakan pernyataan atribusi "Sumber: Bank Negara Malaysia";

b. menyediakan pautan ke Syarat Penggunaan bagi Set Data BNM;

c. menggunakan dan menyertakan pernyataan berikut: "Data dan maklumat tertakluk kepada Syarat Penggunaan bagi Set Data BNM" sekiranya BNM tidak menyediakan pernyataan berkaitan pemilikan harta intelek data tersebut;

d. tidak mendakwa atau membayangkan bahawa BNM memperakui penggunaan data tersebut oleh Pengguna;

e. tidak menggunakan, berkongsi atau mengedarkan data tersebut bagi sebarang tujuan atau tindakan yang menyalahi undang-undang;

f. tidak menghasilkan semula nama dan lambang BNM pada data tersebut, kecuali bagi pernyataan atribusi dalam seksyen 4a; dan

g. tidak menghasilkan semula sebarang tanda dagangan atau tanda perkhidmatan pada data tersebut.

5. Syarat-syarat Penggunaan ini tidak memberikan sebarang hak ke atas:

a. data peribadi;

b. nama, logo atau sebarang simbol rasmi BNM yang lain;

c. logo organisasi atau jabatan sektor awam;

d. hak pihak ketiga yang berada di luar bidang kuasa BNM; dan

e. hak harta intelek lain seperti paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk.

6. Syarat-syarat Tiada Jaminan adalah seperti berikut:

a. data tersebut adalah dalam bentuk sebagaimana yang disediakan oleh BNM;

b. BNM dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, serta kewajipan dan liabiliti berkaitan dengan data tersebut;

c. BNM tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan dan apa jua bentuk kehilangan data, kecederaan atau kerosakan yang berpunca daripada penggunaan data tersebut; dan

d. BNM tidak memberikan jaminan bahawa sebarang data akan disediakan secara berterusan.

7. Syarat-syarat Penggunaan ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan pemilik data tersebut ialah BNM.

8. Penyataan Privasi.

Untuk maklumat mengenai dasar privasi BNM, sila rujuk laman web penyataan privasi BNM di Penyataan Privasi.

9. Penafian Waranti.

Pengguna bersetuju secara nyata bahawa penggunaan set data BNM adalah atas risiko Pengguna sendiri. BNM, ahli gabungannya, mahupun mana-mana pekerja, ejen, penyedia kandungan pihak ketiga atau pemberi lesen masing-masing tidak menjamin bahawa set data BNM akan disediakan atau tersedia secara berterusan; mereka juga tidak memberikan sebarang waranti mengenai hasil yang mungkin diperoleh daripada penggunaan set data BNM, atau mengenai ketepatan, kecukupan, kesahihan, ketersediaan, kelengkapan, kebolehpercayaan atau kandungan sebarang maklumat yang disediakan melalui set data BNM.