Dasar Keselamatan

Sistem Pemantauan

Bagi tujuan keselamatan dan untuk memastikan laman web Bank Negara Malaysia (Bank) kekal boleh diakses oleh pengguna web, Bank menggunakan program perisian khusus untuk memantau trafik rangkaian bagi mengenal pasti percubaan yang tidak dibenarkan untuk memuat naik atau mengubah maklumat, atau sebaliknya menyebabkan kerosakan kepada sistem pelayan Bank. Program-program ini tidak mengumpul maklumat yang mengenal pasti individu secara langsung, namun ia mengumpul maklumat yang boleh membantu Bank mengenal pasti pihak yang cuba mengganggu laman webnya.

Jika anda menggunakan laman web Bank, anda harus maklum bahawa semua aktiviti mungkin dipantau dan direkodkan. Sesiapa yang menggunakan laman web Bank secara jelas memberikan persetujuan terhadap pemantauan dan perekodan sedemikian.

Maklumat Log

Pelayan Bank merekodkan maklumat secara automatik yang dihantar oleh pelayar anda setiap kali anda melayari laman webnya. Log pelayan ini mungkin mengandungi maklumat seperti tarikh dan masa lawatan anda, alamat Protokol Internet (IP) anda, jenis pelayar, bahasa pelayar, saiz skrin pelayar, serta satu atau lebih kuki yang mengenal pasti pelayar anda. Maklumat yang dikumpul oleh Bank hanya digunakan untuk menyusun statistik, secara agregat, mengenai penggunaan laman web Bank.

Kuki

Apakah itu kuki? Kuki ialah cebisan maklumat kecil yang dihantar ke pelayar anda apabila anda mengakses sesuatu laman web. Penggunaan kuki merupakan piawaian industri dan ia terdapat pada kebanyakan laman web utama.

Bagi halaman yang menggunakan "kuki" untuk memudahkan penggunaan laman web Bank oleh anda, Bank tidak mengumpul maklumat peribadi mengenai anda. Kuki membantu Bank menyimpan pilihan pengguna dan menjejak trend penggunaan secara agregat. Bank menggunakan kuki untuk menentukan sesi pengguna serta menyediakan beberapa ciri penting bagi laporan penggunaan laman web Bank. Kuki ini adalah unik bagi domain Bank dan tidak boleh diubah atau diambil oleh mana-mana perkhidmatan pada domain lain.

Anda boleh mengurus atau memadam kuki secara terus daripada sejarah pelayar (cache) anda. Untuk arahan mengenai cara mengurus atau memadam kuki, sila semak laman web sokongan bagi pelayar anda.

Google Analytics

Laman web Bank menggunakan Google Analytics, iaitu perkhidmatan luaran yang disediakan oleh Google, untuk mendapatkan laporan mengenai penggunaan laman webnya. Maklumat yang dihantar oleh pelayar web turut dihantar ke pelayan yang dikendalikan oleh Google, dan digunakan untuk menyediakan statistik agregat kepada Bank mengenai bilangan lawatan pelayar, corak penggunaan, serta carian yang dilakukan di laman web Bank. Untuk memilih keluar daripada penjejakan oleh Google Analytics bagi semua laman web, sila layari https://tools.google.com/dlpage/gaoptout.

Maklumat daripada e-mel yang anda hantar kepada Bank

Jika anda memutuskan untuk menghantar mesej e-mel kepada Bank, mesej tersebut biasanya akan mengandungi alamat e-mel anda. Jika anda menyertakan maklumat yang boleh mengenal pasti diri anda dalam e-mel tersebut kerana anda mahu Bank menangani isu khusus bagi situasi anda, Bank mungkin menggunakan maklumat itu untuk memproses permintaan anda. Selain itu, e-mel tidak sepenuhnya selamat daripada risiko pintasan maklumat. Sila hantar hanya maklumat yang perlu bagi membantu Bank memproses permintaan anda.

Penyerahan Maklumat secara Sukarela

Di sesetengah halaman web Bank, Bank menyediakan borang yang membolehkan anda menyerahkan maklumat peribadi (seperti alamat e-mel atau nama) secara sukarela. Sebagai contoh, ini berlaku apabila anda mengemukakan maklum balas/aduan kepada Bank, menyertai tinjauan dalam talian yang dikendalikan oleh Bank, atau melanggan perkhidmatan "Makluman E-mel" Bank. Dalam keadaan sedemikian, semua maklumat yang diserahkan hanya digunakan untuk tujuan khusus yang dimaksudkan dan tidak didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga.

Keselamatan Penyimpanan Maklumat Peribadi

Bank mengekalkan piawaian keselamatan yang ketat bagi melindungi maklumat peribadi anda yang diserahkan kepada Bank (sama ada melalui e-mel atau penyerahan maklumat secara sukarela seperti yang dinyatakan di atas). Bank akan sentiasa memastikan bahawa penghantaran, pemprosesan dan penyimpanan data peribadi anda mematuhi Pernyataan Privasi.