Pernyataan Privasi

Dikemaskini 20 Ogos 2025

1. Pengenalan

Bank Negara Malaysia (“BNM”) mengambil serius hak privasi anda dan komited untuk melindungi maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti (“data peribadi”) selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan undang-undang lain yang berkaitan. Penyata Privasi ini menetapkan pendekatan BNM dalam mengendalikan data peribadi.

Penyataan Privasi ini terpakai kepada data peribadi yang dikumpul oleh BNM tetapi tidak terpakai kepada data peribadi yang dikumpul oleh entiti lain termasuk yang dimiliki, dikawal atau bersekutu dengan BNM, individu yang bukan pekerja atau ejen BNM, atau laman web yang tidak berada di bawah kawalan BNM.

BNM mungkin meminda Penyata Privasi ini dari semasa ke semasa. Oleh itu, anda digalakkan untuk membaca Penyata Privasi ini setiap kali anda ingin memberikan data peribadi kepada BNM. Pindaan besar kepada dasar ini akan diumumkan di laman web ini.

Apabila kami mengumpul data peribadi secara langsung daripada anda, kami mungkin menyediakan notis perlindungan data peribadi tambahan yang menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana data peribadi anda akan digunakan.

2. Tujuan dan asas undang-undang pemprosesan data peribadi

Sebagai bank pusat, BNM mungkin perlu memproses data peribadi anda untuk melaksanakan fungsi berkanun dan menjalankan kuasa di bawah undang-undang serta untuk tujuan berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

perolehan atau penyediaan barangan atau perkhidmatan, khususnya bagi:

menilai kesesuaian penyedia perkhidmatan dan kakitangan; dan

menguatkuasakan hak dan obligasi dalam kontrak termasuk membuat pembayaran dan menyelenggara senarai kakitangan yang melaksanakan hak dan obligasi penyedia perkhidmatan;

biasiswa, pengambilan, pelantikan dan pekerjaan;

memastikan keselamatan premis dan sistem kami;

memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan pelawat kami;

penglibatan dengan orang awam;

menyenaraikan orang awam dalam senarai emel BNM atas permintaan;

tujuan audit atau undang-undang.

Asas undang-undang yang digunakan untuk memproses data peribadi anda termasuk:

persetujuan anda;

pelaksanaan kontrak atau untuk memasuki kontrak dengan anda atau majikan anda;

pematuhan terhadap obligasi undang-undang BNM;

perlindungan kepentingan penting anda serta kepentingan individu lain;

pelaksanaan tugas statutori BNM; atau

kepentingan sah BNM.

3. Jenis Data Peribadi yang dikumpul dan diproses oleh BNM

Jenis data peribadi yang mungkin diproses oleh BNM termasuk tetapi tidak terhad kepada:

nama, alamat, maklumat hubungan, nombor pengenalan dan nombor pasport;

pekerjaan, jawatan dan majikan;

butiran pengalaman profesional dan kelayakan pendidikan;

data sensitif atau kategori khas seperti agama, asal usul kaum atau etnik, data biometrik, data kesihatan dan rekod jenayah;

maklumat berhubung prosiding tatatertib;

butiran pegangan saham, kepentingan perniagaan dan jawatan.

BNM hanya akan mengumpul dan memproses data peribadi setakat yang perlu untuk tujuan berkaitan.

4. Cara Data Peribadi Dikumpul oleh BNM

BNM mungkin mengumpul data peribadi secara langsung daripada anda apabila perlu, munasabah atau praktikal untuk berbuat demikian. Apabila kami mengumpul data peribadi anda, kami akan memaklumkan bagaimana data tersebut akan digunakan atau didedahkan kecuali ia jelas pada masa pengumpulan. Dalam sesetengah kes, BNM mungkin perlu mengumpul data peribadi anda daripada pihak lain, dengan atau tanpa pengetahuan atau penglibatan anda, sebagai sebahagian daripada fungsi berkanun kami, dalam melaksanakan hak undang-undang dan untuk tujuan lain seperti pengambilan atau perolehan.

Bagi pelawat ke premis BNM, data peribadi mungkin dikumpul sebelum masuk untuk tujuan pengesahan identiti dan keselamatan. BNM juga mengendalikan CCTV di perimeter luar dan dalam premis yang mungkin merakam gambar, video atau suara individu untuk keselamatan pelawat dan pekerja BNM, pencegahan dan pengesanan jenayah.

5. Perlindungan Data Peribadi

BNM memastikan keselamatan data peribadi anda dengan mengambil langkah keselamatan yang sesuai untuk mengekalkan kerahsiaan data peribadi anda.

Dalam sesetengah keadaan, kami perlu memproses data sensitif atau kategori khas seperti agama, asal usul kaum atau etnik, data biometrik dan data kesihatan serta data jenayah sebagai sebahagian daripada fungsi kami seperti yang dinyatakan di atas. Dalam kes sedemikian, kami akan mengambil langkah tambahan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Jika kami mendedahkan data peribadi anda kepada mana-mana entiti (sama ada dalam atau luar Malaysia), kami akan memastikan entiti tersebut melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka dengan sewajarnya.

6. Pendedahan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga

Kami akan berusaha untuk mengelakkan data anda didedahkan kepada pihak ketiga. Walau bagaimanapun, kami mungkin berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga jika:

dinyatakan dalam Penyataan Privasi ini;

persetujuan anda diperoleh;

perkhidmatan yang diberikan melibatkan interaksi dengan pihak ketiga, atau disediakan oleh pihak ketiga bagi pihak kami;

berkaitan dengan tindakan undang-undang atau penguatkuasaan undang-undang; atau

untuk melaksanakan fungsi berkanun dan kuasa di bawah undang-undang.

BNM mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada:

institusi kewangan;

pihak lain yang diberi kuasa oleh anda;

agensi pengawalseliaan dan agensi kerajaan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, diperintahkan oleh mahkamah atau untuk memenuhi tanggungjawab kepada pihak berkuasa pengawalseliaan;

bank pusat lain;

penyedia perkhidmatan pihak ketiga;

majikan terdahulu atau masa depan pekerja atau bakal pekerja BNM, di dalam dan luar Malaysia.

Apabila BNM melantik penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk memproses data peribadi bagi pihak BNM, BNM akan mengarahkan penyedia perkhidmatan tersebut untuk hanya memproses data peribadi bagi tujuan khusus seperti yang dikehendaki oleh BNM. Jika kami mendedahkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak, kami akan memastikan pihak tersebut melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka dengan sewajarnya.

7. Pemindahan Rentas Sempadan Data Peribadi

BNM mungkin memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia (termasuk ke bidang kuasa yang tidak mempunyai undang-undang yang serupa dengan PDPA atau tidak menyediakan tahap perlindungan yang setara seperti yang diperuntukkan di bawah PDPA) kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam perenggan 6 jika pemindahan tersebut perlu untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 2, dibenarkan oleh undang-undang atau mendapat kebenaran daripada anda.

8. Penyimpanan Data Peribadi

Dasar BNM adalah untuk menyimpan data peribadi selama mana ia diperlukan untuk tujuan data tersebut dikumpul, tujuan lain yang tidak bercanggah dengan tujuan asal dan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Apabila data peribadi tidak lagi diperlukan, data tersebut akan dilupuskan kecuali undang-undang menghendakinya untuk diarkibkan demi kepentingan awam.

9. Hak Subjek Data

Anda mungkin mempunyai hak tertentu di bawah undang-undang perlindungan data yang berkenaan. Contohnya:

  • Hak untuk Akses

    Anda mungkin mempunyai hak untuk meminta pengesahan sama ada data peribadi anda sedang diproses oleh BNM, dan untuk mengakses salinan data peribadi yang kami simpan tentang anda bagi memastikan ia adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.

  • Hak untuk Membetulkan

    Anda mungkin mempunyai hak untuk meminta BNM membetulkan atau melengkapkan mana-mana data peribadi yang anda percaya tidak tepat, sudah lapuk atau tidak lengkap.

  • Hak untuk Kebolehgunaan Data (Data Portability)

    Sekiranya secara teknikal boleh dilaksanakan dan format data adalah serasi, anda mungkin mempunyai hak untuk meminta BNM menghantar data peribadi anda kepada pihak ketiga.

  • Penarikan Balik Persetujuan / Penghentian Pemprosesan

    Dalam keadaan di mana BNM bergantung kepada persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda, anda mungkin mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan tersebut atau meminta kami menghentikan sebarang pemprosesan data peribadi anda, atau meminta supaya data peribadi anda dipadamkan daripada sistem dan rekod BNM. Walau bagaimanapun, penarikan balik atau permintaan tersebut mungkin menyebabkan BNM tidak dapat menilai sebarang maklumat / permohonan yang dikemukakan oleh anda atau meneruskan penglibatan dengan anda dalam perkara tertentu.

Jika anda tidak ingin menerima sebarang maklumat pemasaran atau promosi berkaitan acara BNM pada masa hadapan, anda boleh meminta supaya kami mengecualikan anda daripada komunikasi pemasaran kami. Ini tidak akan menjejaskan urusan, pengaturan atau kontrak yang kami ada dengan anda.

Kami berusaha untuk menangani permintaan anda secepat mungkin dan mungkin akan meminta maklumat tambahan serta pengesahan identiti anda untuk membolehkan kami memberi maklum balas kepada permintaan tersebut. Jika undang-undang perlindungan data yang terpakai kepada pemprosesan data peribadi oleh BNM tidak menyediakan hak tersebut atau menetapkan batasan dan pengecualian yang boleh digunakan oleh BNM, kami berhak untuk menolak permintaan anda atau membenarkan permintaan tersebut mengikut budi bicara kami.

10. Maklumat Perhubungan

Jika anda ingin melaksanakan hak sebagai subjek data, sila lengkapkan dan serahkan Borang Permintaan Subjek Data kepada pegawai BNM yang mengumpul data peribadi anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai laman web ini, anda boleh menghubungi pentadbir laman melalui telelink@bnm.gov.my

BNM telah melantik seorang Pegawai Perlindungan Data, yang disokong oleh Pasukan Perlindungan Data. Pegawai Perlindungan Data bertindak sebagai titik hubungan bagi individu berkaitan pertanyaan atau kebimbangan mengenai pemprosesan data peribadi oleh BNM. Anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data BNM di:

Pejabat Perlindungan Data
Jabatan Undang-Undang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
dpo@bnm.gov.my

11. Maklumat Lain

Apabila anda melawat laman web ini, maklumat mengenai lawatan anda mungkin direkodkan oleh BNM dan perkhidmatan pihak ketiga kami, Google Analytics, termasuk melalui tetapan dan penggunaan kuki.

Laman web ini mungkin memaparkan kandungan dan menyediakan pautan kepada rakan kongsi pengiklanan, rakan kongsi kandungan, media sosial pihak ketiga dan laman web video pihak ketiga seperti Facebook, X, Instagram, Pinterest dan Youtube. Amalan pengendalian maklumat dan kuki oleh pihak ketiga adalah tertakluk kepada penyataan privasi pihak ketiga tersebut dan anda digalakkan untuk merujuk kepada penyataan privasi mereka.

BNM tidak mengumpul atau menggunakan sebarang maklumat yang disimpan dalam kuki yang mungkin ditetapkan oleh pihak ketiga daripada laman web mereka dan pihak ketiga tersebut tidak mempunyai akses kepada kuki yang ditetapkan oleh laman web BNM.

Anda boleh mengurus atau memadam kuki secara langsung daripada sejarah pelayar anda (cache). Untuk arahan mengenai cara mengurus atau memadam kuki, sila rujuk laman sokongan pelayar anda. Untuk memilih keluar daripada dijejaki oleh Google Analytics untuk semua laman web, sila lawati:

https://tools.google.com/dlpage/gaoptout.