Ekosistem Perkhidmatan Pembayaran di Malaysia

Di Malaysia, ekosistem perkhidmatan pembayaran dikelaskan di bawah dua kategori luas: pembayaran nilai besar dan pembayaran runcit. Secara berasingan, sektor perniagaan perkhidmatan wang (MSB) terdiri daripada tiga aktiviti perniagaan yang dikawal selia.

Pembayaran Nilai Besar

Pembayaran Runcit

RENTAS

Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Elektronik Masa Nyata (RENTAS)

Sistem Pembayaran Runcit

Pengendali Sistem Pembayaran (PSO) yang Diluluskan

Instrumen Pembayaran Runcit

Pengeluar Instrumen Pembayaran yang Ditetapkan (DPI) yang Diluluskan

Pemerolehan Pedagang

Perniagaan Berdaftar

Perniagaan Perkhidmatan Wang (Perniagaan Berlesen)

Pertukaran Mata Wang

Kiriman Wang

Mata Wang Borong

Pembayaran Nilai Besar

Sistem Pembayaran Nilai Besar (LVPS) ialah sistem pembayaran yang penting dari segi sistemik, yang lazimnya memproses pembayaran bernilai tinggi dan kritikal dari segi masa. Satu-satunya LVPS di Malaysia ialah RENTAS, yang bermaksud Pemindahan Dana dan Sekuriti Elektronik Masa Nyata. Ia beroperasi secara Penyelesaian Kasar Masa Nyata (RTGS). Ia merupakan sistem pembayaran yang kritikal kerana membantu memastikan kelancaran fungsi ekonomi, sistem kewangan dan pasaran kewangan kita.

What Is Rentas

Key Components Services Rentas

Jenis transaksi yang dikendalikan oleh RENTAS

  • Sistem Pemindahan Dana Antara Bank (IFTS); dan

  • Sistem Pemindahan Sekuriti Tanpa Skrip (SSTS)

Transaksi yang boleh dilakukan oleh peserta RENTAS

  • Pemindahan dana antara bank;

  • Pengeluaran wang tunai daripada BNM;

  • Pelarasan rizab berkanun;

  • Penyelesaian pasaran wang;

  • Bahagian ringgit bagi pertukaran asing; dan

  • Pemindahan sekuriti tanpa skrip.

Pautan Bayaran berbanding Bayaran (PvP) dengan Sistem Pemindahan Automatik Rumah Penjelasan Dolar AS Hong Kong (USD CHATS)

Pada November 2006, BNM dan Pihak Berkuasa Monetari Hong Kong (HKMA) melaksanakan pautan infrastruktur Bayaran berbanding Bayaran (PvP) antara RENTAS dengan Sistem Pemindahan Automatik Rumah Penjelasan Dolar AS (USD CHATS). USD CHATS, yang dikendalikan oleh Hong Kong Interbank Clearing Limited (HKICL), ialah sistem RTGS bagi pemindahan dana dan penyelesaian USD di Hong Kong.

Pautan PvP antara RENTAS dengan USD CHATS membolehkan penyelesaian serentak ringgit di Malaysia dan dolar AS di Hong Kong semasa waktu perniagaan Malaysia, sekali gus menghapuskan risiko penyelesaian pertukaran asing (FX) bagi transaksi FX ringgit dan dolar AS.

Penyelesaian pelbagai mata wang

Bagi meningkatkan keupayaan RENTAS menyokong pembayaran dan penyelesaian rentas sempadan, kemudahan penyelesaian dana dan sekuriti pelbagai mata wang di dalam negara telah dilancarkan bagi Renminbi (RMB) pada Mac 2012.

Ciri pelbagai mata wang dalam RENTAS bertujuan menggalakkan penggunaan mata wang serantau untuk penyelesaian perdagangan dan pelaburan, membangunkan pasaran pertukaran asing di Malaysia dan mengurangkan risiko penyelesaian mata wang asing.

Ciri ini membolehkan RENTAS menyelesaikan transaksi RMB peserta dengan kemuktamadan pembayaran merentasi buku institusi penyelesaian di dalam negara yang dilantik.

Pembayaran Runcit

Di Malaysia, ekosistem pembayaran runcit berasaskan tiga pemain utama:

  1. Pengendali sistem pembayaran

  2. Pengeluar instrumen pembayaran

  3. Pemerolehan pedagang.

Pembayaran runcit secara amnya melibatkan pemindahan dana bagi transaksi bernilai rendah dan berjumlah tinggi antara individu, perniagaan dan entiti kerajaan untuk pembayaran harian.

Jenis Pengendali Sistem Pembayaran (PSO) yang diluluskan

PSO ialah pengendali sistem yang membolehkan pemindahan dana dari satu akaun perbankan ke akaun yang lain, sebagaimana ditakrifkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Ia termasuk sebarang pemindahan debit, pemindahan kredit atau arahan tetap tetapi tidak termasuk pengendalian sistem kiriman wang yang diluluskan di bawah seksyen 40 Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

Contoh PSO ialah Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), iaitu rangkaian pembayaran kebangsaan dan pengendali infrastruktur pusat kongsi.

Paynet Logo

Portfolio perkhidmatan semasa PayNet adalah seperti berikut:

  • Pemindahan DuitNow* – pembayaran segera akaun ke akaun menggunakan nombor telefon bimbit, nombor MyKad atau nombor pendaftaran perniagaan

  • DuitNow* QR – penyelesaian pembayaran kod Tindak Balas Pantas (QR) bersepadu

  • JomPAY – skim pembayaran bagi pembayaran bil utiliti

  • FPX – pembayaran e-dagang

  • eSPICK – sistem penjelasan cek

* DuitNow ialah nama bagi satu set perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Platform Pembayaran Runcit Masa Nyata (RPP) milik BNM.

  • DuitNow – pembayaran segera akaun ke akaun merentasi bank dan e-dompet yang mengambil bahagian.

  • DuitNow QR – skim pembayaran kod Tindak Balas Pantas (QR), kaedah pembayaran tanpa sentuh.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi PayNet.

Pengendalian rangkaian instrumen pembayaran ialah satu lagi jenis PSO yang membolehkan pembayaran dibuat menggunakan instrumen pembayaran. Contoh pengendali sistem pembayaran yang diluluskan di bawah takrifan ini termasuk Mastercard, Visa dan Alipay+.

Instrumen Pembayaran Runcit – Instrumen Pembayaran yang Ditetapkan (DPI)

Terdapat empat jenis DPI yang dikeluarkan oleh pengeluar bank dan bukan bank:

Designated Payment Instruments

Perkhidmatan Pemerolehan Pedagang

Perkhidmatan pemerolehan pedagang disediakan oleh pemerolehi pedagang untuk membantu pedagang perniagaan memudahkan penerimaan instrumen pembayaran. Pemerolehi pedagang membantu pedagang perniagaan menerima pembayaran daripada pelanggan melalui alat seperti terminal tempat jualan (POS), kod Tindak Balas Pantas (QR) atau get laluan pembayaran dalam talian. Pemerolehi pedagang juga memainkan peranan utama dalam memudahkan pergerakan dana daripada pelanggan kepada pedagang setelah sesuatu transaksi pembayaran diluluskan dan selesai.

Di Malaysia, pemerolehi pedagang yang memenuhi semua kriteria berikut mesti berdaftar dengan BNM:

  • mengadakan kontrak dengan pedagang, yang menghasilkan pemindahan dana kepada pedagang dengan –

    • menjalankan atau bertanggungjawab ke atas penyelesaian dana; atau

    • mengeluarkan arahan penyelesaian dana;

  • memudahkan penerimaan instrumen pembayaran oleh pedagang; dan

  • merupakan peserta langsung rangkaian instrumen pembayaran untuk menyediakan perkhidmatan pemerolehan pedagang.

Instrumen pembayaran lain

Selain pembayaran digital, wang tunai dan cek kekal digunakan secara meluas di Malaysia, walaupun penggunaan cek semakin menurun. Instrumen pembayaran ini terus melengkapi pembayaran digital dalam menyokong keterangkuman kewangan.

Wang Tunai

Malaysia terus mempunyai rangkaian ATM yang kukuh, dengan lebih 15,000 ATM di seluruh negara.

Rangkaian ATM di Malaysia disokong oleh Rangkaian ATM Kongsi (SAN) yang dikendalikan oleh PayNet, yang membolehkan pelanggan bank yang mengambil bahagian mengeluarkan wang tunai atau melakukan transaksi lain di ATM bank yang mengambil bahagian.

Di samping itu, pengguna juga boleh mengeluarkan wang tunai di bank ejen dan terminal POS yang menawarkan MyDebit Cash Out (MDCO). Lebih 3,000 bank ejen dan 10,000 titik sentuh MDCO di seluruh negara memastikan rakyat Malaysia, terutamanya komuniti kurang terlayan, terus mempunyai akses yang boleh dipercayai kepada wang tunai[1].

Cek

Cek terus berfungsi sebagai instrumen pembayaran alternatif. Walau bagaimanapun, penggunaan cek telah menurun dengan ketara berikutan strategi yang disengajakan oleh BNM untuk mengurangkan penggunaan cek.

Untuk maklumat lanjut mengenai tingkah laku pengguna cek, sila rujuk Halaman 89 Laporan Tahunan BNM 2024..

[1]Sebagai makluman, semua nota mata wang dan syiling yang dikeluarkan oleh BNM ialah wang sah yang diiktiraf oleh undang-undang sebagai cara pembayaran yang sah di Malaysia

Perniagaan Perkhidmatan Wang (MSB)

Perkhidmatan yang disediakan oleh pengendali MSB termasuk membantu pendatang menghantar wang pulang dan membolehkan perniagaan membuat pembayaran perdagangan (perniagaan kiriman wang) (perniagaan mata wang borong), serta menyediakan pertukaran mata wang (perniagaan pertukaran mata wang) untuk menyokong pelancongan. Melalui perkhidmatan ini, industri MSB memainkan peranan penting dalam menyokong keterangkuman kewangan.

Jenis MSB

Types Of Msb

Ciri Utama di bawah MSBA

Terdapat 4 kelas lesen yang dikeluarkan di bawah MSBA:

Key Features Msba

Tempoh maksimum lesen MSB ialah 3 tahun, tetapi boleh diperbaharui.

Model prinsipal-ejen

  • Prinsipal ialah syarikat MSB berlesen yang diluluskan untuk melantik ejen bagi melayani pelanggan bagi pihak mereka. Ejen boleh terdiri daripada pemegang lesen MSB atau bukan pemegang lesen MSB, seperti kedai runcit.

  • Ejen bertindak bagi pihak prinsipal menggunakan sistem prinsipal dan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) prinsipal.

  • Pengguna boleh mengharapkan piawaian asas yang sama (contohnya, ketelusan harga, resit, semakan identiti) sama ada mereka berurusan dengan prinsipal MSB atau ejen.


Kongsi halaman ini