Latihan Industri

Program Latihan Industri Bank Negara Malaysia 2027

Anda akan menyertai salah satu daripada jabatan yang mengendalikan isu-isu penting berhubung dengan ekonomi negara. Latihan industri ini akan dijalankan di ibu pejabat Bank Negara Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur selama tiga hingga enam bulan. Bagi memainkan peranan ini, anda mungkin terlibat dalam fungsi utama perbankan pusat seperti pengawasan, penyelidikan, penggubalan dasar, pengawalseliaan perbankan, analisis, operasi, teknologi dan lain-lain.

Apabila anda menyertai BNM, hakikatnya anda telah menyertai sebuah organisasi yang mengambil berat tentang perkembangan diri anda. Anda akan mendapat bimbingan daripada rakan sekerja yang akan membantu meningkatkan potensi diri bagi mencapai matlamat kerjaya anda.

Program latihan industri kami yang sistematik akan memberikan anda pengalaman secara langsung dalam kerja harian di bank pusat. Pada akhir program latihan industri ini, pelatih yang menunjukkan prestasi yang cemerlang mungkin akan dipelawa melalui laluan khas untuk menghadiri temuduga bagi Program Graduan Kijang.


Maklumat untuk Pemohon

Kami menjemput calon yang berminat untuk memohon melalui pautan di bawah:

  • Pengambilan bulan Januari–Jun 2027:

Permohonan dibuka mulai 15 November 2026 hingga 1 Februari 2027

  • Pengambilan bulan Julai–Disember 2027:

Permohonan dibuka mulai 1 April 2027 hingga 1 Jun 2027

Kelayakan program latihan industri:
  • Kini menetap di Malaysia dan merupakan warganegara Malaysia

  • Pelajar prasiswazah warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia dalam bidang yang berkaitan dengan Bank Negara Malaysia, dan program pengajian mereka mewajibkan pelaksanaan latihan industri. Calon hendaklah berada sama ada pada tahun akhir pengajian atau pada tahun pengajian yang mewajibkan penyertaan dalam latihan industri sebagai sebahagian daripada program akademik mereka.

  • Pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi dalam negara, dalam bidang yang berkaitan dengan Bank Negara Malaysia, di mana penempatan latihan industri merupakan keperluan wajib untuk melengkapkan pengajian. Calon mestilah berada di tahun akhir pengajian.

  • Pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi di luar negara, dalam bidang yang berkaitan dengan Bank Negara Malaysia. Calon mestilah berada di tahun pertama atau kedua pengajian.

  • Mesti mencapai CGPA sekurang-kurangnya 3.50 dan ke atas, atau mendapat ijazah kelas kedua atas (2:1), atau WAM 75% dalam ijazah sarjana muda, atau mendapat ijazah sarjana dalam mana-mana disiplin daripada institusi akademik terkemuka

  • Tempoh latihan selama sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dan maksimum enam (6) bulan

Terma dan Syarat:
  • Permohonan mesti diserahkan tiga (3) bulan sebelum bermulanya tempoh latihan.

  • Hanya calon yang berjaya akan dihubungi untuk penempatan latihan

  • Hanya permohonan dalam talian yang dihantar melalui portal kerjaya Bank Negara Malaysia akan dilayan. Permohonan pos / kurier / e-mel tidak akan diproses

Dokumen

Untuk memohon, sila klik pada pautan Borang Permohonan Latihan Industri di bawah dan muat naik dokumen yang diperlukan menggunakan pautan di dalam borang tersebut:

  • Borang Permohonan Internship

  • Biodata (Resume)

  • Keputusan/Transkrip Akademik Terkini

  • Salinan Kad Pengenalan anda

  • Surat penempatan program Latihan industri (jika ada)

Proses Permohonan
  • Temu Bual Video Maya

  • Penilaian

  • Temu bual

  • Tawaran

Pemohon yang berjaya dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan tapisan keselamatan sebelum memulakan latihan industri. Pelatih industri akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,700.

Pelatih akan ditempatkan di pelbagai jabatan di Bank Negara Malaysia, tertakluk kepada keperluan jabatan dan kekosongan penempatan yang tersedia. BNM akan berusaha untuk menempatkan pelatih di jabatan yang sejajar dengan minat dan latar belakang akademik mereka, namum penempatan akhir adalah tertakluk kepada keperluan BNM. Pendekatan ini bertujuan memastikan pelatih berupaya memberi sumbangan yang bermakna sambil memperoleh pengalaman pembelajaran dan pembangunan profesional yang bernilai.

Sila ambil perhatian bahawa disebabkan jumlah permohonan yang tinggi diterima, hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.


Soalan Lazim Latihan Industri

1. Berapakah tempoh latihan industri?

Bank menawarkan latihan industri selama dua hingga enam bulan.

2. Bolehkah saya memilih jabatan dan lokasi latihan industri?

Program latihan industri kami akan dijalankan di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur. Kami akan cuba menempatkan anda di jabatan yang sesuai dengan kelayakan dan minat anda, namun kami tidak dapat menjamin bahawa anda akan ditempatkan di jabatan pilihan anda. Penempatan ini diharap dapat memberi anda pengalaman kerja yang bermakna sambil membolehkan anda menyumbang kepada tugas penting bank pusat.

3. Apakah ciri-ciri yang dicari dalam diri pelajar latihan industri?

Kami mencari bakat yang suka bekerja dengan orang lain, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, mampu bekerja dalam pasukan, bersedia untuk belajar dan mempunyai kemahiran berfikir secara kritis.

4. Adakah latihan industri ini berbayar?

Pelajar yang menjalani latihan industri akan menerima elaun sebanyak RM1,000.00 sebulan.

5. Adakah saya dijamin mendapat pekerjaan di Bank selepas tamat latihan industri?

Penempatan latihan industri di Bank tidak menjamin anda akan mendapat jawatan di Bank selepas tamat program tersebut. Walau bagaimanapun, anda dialu-alukan untuk memohon menyertai tenaga kerja kami dengan mengemukakan permohonan pekerjaan melalui halaman Kerjaya kami.


Peluang-peluang Lain

Program Graduan Kijang
Biasiswa
Jawatan Kosong

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?