Rangkuman Kewangan

18 Nov 2026

Seperti yang diperuntukkan dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009, usaha menggalakkan sektor kewangan yang kukuh, progresif dan terangkum merupakan antara mandat utama Bank Negara Malaysia (BNM), sekali gus mencerminkan komitmen BNM untuk terus memperkasakan rangkuman kewangan.

Rangka Tindakan Sektor Kewangan 2022–2026 (“Pelan Induk”) memberikan penekanan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan isi rumah dan perniagaan sebagai salah satu teras strategik. Selaras dengan Rangka Tindakan Tersebut, Rangka Kerja Rangkuman Kewangan 2023–2026 (“Rangka Kerja”) dibangunkan sebagai pelan hala tuju strategik empat tahun yang menyediakan panduan berasaskan prinsip untuk terus memperkasakan rangkuman kewangan di Malaysia.


Rangka Kerja Rangkuman Kewangan

Rangka Kerja Rangkuman Kewangan (2023-2026) menggunakan pendekatan menyeluruh untuk memperkasakan Rangkuman kewangan dengan memberikan tumpuan kepada hasil pembangunan yang lebih menyeluruh dan kesejahteraan kewangan.

Rangka Kerja ini menetapkan visi yang jelas untuk “Memperkasakan rangkuman kewangan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan dan taraf hidup penduduk Malaysia” dengan membolehkan semua pihak dapat meraih manfaat daripada ekosistem kewangan yang mudah diakses dan terangkum; melengkapkan individu dan perniagaan dengan penyelesaian kewangan yang mampu milik dan bersesuaian; serta memperkasakan pengguna dengan keupayaan kewangan untuk membuat keputusan kewangan yang wajar dan mengambil bahagian secara bermakna dalam sistem kewangan.

Rangka Kerja Rangkuman Kewangan 2023-2026
Visi
Memperkasakan rangkuman kewangan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan dan taraf hidup penduduk Malaysia
Hasil yang
Dihasratkan
Akses kepada produk dan perkhidmatan kewangan yang mampu milik dan bersesuaian
Penggunaan produk dan perkhidmatan kewangan secara bertanggungjawab
Inovasi kewangan yang memberikan manfaat kepada semua
Pengguna yang berkeupayaan dari segi kewangan dan mempunyai tahap kesihatan kewangan yang baik
Objektif
Dasar
1 Memperluas akses kepada perkhidmatan kewangan bagi golongan yang masih belum mendapat akses
2 Menggalakkan perkhidmatan kewangan digital yang selamat dan terangkum
3 Memperkukuh ekosistem pembiayaan perniagaan kecil dan sederhana (PKS)
4 Meningkatkan akses terhadap perlindungan risiko serta penggunaannya
5 Memperkukuh peranan dan keupayaan institusi kewangan
6 Menambah baik sokongan bersasar bagi golongan yang mudah terjejas
7 Memperkukuh keupayaan kewangan pengguna
Strategi
Umum
Menambah baik perkhidmatan melalui Ejen Bank dan Bank Bergerak
Memperluas akses dan penggunaan pelbagai perkhidmatan kewangan digital
Meningkatkan akses PKS kepada pelbagai sumber pembiayaan
Menyokong perusahaan mikro untuk meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai
Memperluas perlindungan insurans and takaful mikro berasaskan keperluan
Menambah baik panduan bagi golongan yang kurang mendapat perkhidmatan
Memudahkan kerjasama institusi kewangan dengan pemain syarikat Fintech
Menggalakkan kewangan sosial
Menyokong pertumbuhan perniagaan berimpak sosial
Memastikan ekosistem celik kewangan yang berkesan
Tema
Rentas
Mengambil kira aspek jantina dalam strategi rangkuman kewangan
Memperkukuh pengukuran impak dan pemantauan usaha rangkuman kewangan
Pemangkin
Strategik
Perkongsian Data Memudahkan perkongsian data dan meningkatkan penggunaan data alternatif
Kerjasama Strategik Rangkaian kerjasama yang kukuh untuk mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih mudah diakses, terangkum dan berkesan
Persekitaran Kawal Selia Memastikan persekitaran kawal selia rangkuman kewangan yang kondusif
Infrastruktur Kesalinghubungan internet yang kukuh dan infrastruktur kewangan yang mencukupi

Objektif Dasar

Melalui Rangka Kerja Rangkuman Kewangan 2023–2026, BNM memberikan tumpuan kepada tujuh objektif dasar utama iaitu memperluas akses kepada perkhidmatan kewangan di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan, menggalakkan kewangan digital yang terangkum, memperkukuh pembiayaan PKS, meningkatkan akses kepada perlindungan risiko, memperkukuh keupayaan institusi, menyokong golongan yang mudah terjejas, dan meningkatkan tahap celik kewangan. Keutamaan ini bertujuan untuk mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih terangkum, berdaya tahan dan berorientasikan pembangunan yang memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Rangka Kerja ini menggariskan tujuh Objektif Dasar bagi menangani jurang yang masih wujud dan mempercepatkan kemajuan rangkuman kewangan:

Memperluas akses kepada perkhidmatan kewangan bagi golongan yang paling sukar dicapai

Objektif Dasar 1 menggariskan strategi untuk pihak berkepentingan bagi mengurangkan halangan yang pada masa ini menghalang akses kepada produk dan perkhidmatan kewangan yang sesuai.

Pautan Rujukan:

Menggalakkan perkhidmatan kewangan digital yang selamat dan terangkum

Objektif Dasar 2 menggalakkan perkhidmatan kewangan digital yang lebih selamat dan terangkum bagi memperluas rangkuman kewangan dengan memenuhi keperluan golongan yang belum atau kurang mendapat perkhidmatan secara berkesan.

Pautan Rujukan:

Memperkukuh ekosistem pembiayaan PKS

Objektif Dasar 3 bertujuan untuk memperkukuh ekosistem pembiayaan PKS dengan memperluas pilihan pembiayaan, menyediakan laluan pemulihan bagi peminjam yang tidak berdaya maju, serta meningkatkan sokongan terhadap perusahaan mikro dan perniagaan tidak formal.

Pautan Rujukan:

Meningkatkan akses terhadap perlindungan risiko serta penggunaannya

Objektif Dasar 4 bertujuan membangunkan landskap perlindungan yang cekap, berdaya saing dan terangkum dengan memperluas pasaran insurans/takaful mikro melalui penawaran produk yang mudah diakses, mampu milik, berasaskan keperluan dan mudah digunakan.

Pautan Rujukan:

Menambah baik sokongan bersasar bagi golongan yang mudah terjejas

Objektif Dasar 6 bertujuan untuk melaksanakan strategi bagi meningkatkan impak sosioekonomi dan merapatkan jurang ketidaksamaan pendapatan dalam kalangan golongan yang mudah terjejas.

Pautan Rujukan:

Memperkukuh keupayaan kewangan pengguna

Objektif Dasar 7 menyediakan sokongan bersasar kepada individu dan golongan yang mudah terjejas bagi membantu mereka membuat keputusan kewangan berdasarkan maklumat yang mencukupi, terutamanya ketika berdepan  dengan kesukaran dan dalam persekitaran ekonomi digital.

Pautan Rujukan:


Petunjuk Prestasi Utama

Proses pemantauan dan penilaian yang berstruktur dilaksanakan bagi memastikan strategi rangkuman kewangan dalam Rangka Kerja dipantau, dikaji semula dan disesuaikan untuk mencapai hasil yang disasarkan. Petunjuk prestasi utama (Key Performance Indicator, KPI) telah dibangunkan untuk mengukur kemajuan rangkuman kewangan melalui tiga tema utama: akses, penggunaan dan keupayaan.

Akses

Keupayaan untuk menggunakan perkhidmatan dan produk sesuai yang ditawarkan oleh institusi kewangan formal

Penggunaan

Tahap penggunaan perkhidmatan dan produk kewangan

Keupayaan

Gabungan pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku kewangan yang diperlukan untuk membuat keputusan kewangan yang wajar dan seterusnya mencapai kesejahteraan kewangan individu


Sumber dan Maklumat Lanjut Mengenai Strategi Rangkuman Kewangan

Inisiatif & Sumber

Rangka Kerja Kebangsaan

Rangka Kerja Rangkuman Kewangan 2023 - 2026
Strategi Kebangsaan bagi Celik Kewangan 2026-2030

Lokasi Akses Kewangan

Pelbagai saluran perbankan disediakan berdasarkan kesesuaian lokasi dan keperluan setempat

Cawangan Bank

Cawangan bank konvensional yang membolehkan pelanggan menjalankan urus niaga di kaunter

Terminal Layan Diri

Mesin Juruwang Automatik (Auto Teller Machine, ATM), Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine, CDM) dan Mesin Kitar Semula Tunai (Cash Recycle Machine, CRM)

Perbankan Dalam Talian

Platform berasaskan internet untuk melakukan pemindahan dana dan pembayaran bil

Perbankan Mudah Alih

Aplikasi yang membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan perbankan melalui telefon pintar

Terminal POS

Peranti yang digunakan untuk pembayaran menggunakan kad debit di premis peniaga

Ejen Bank

Entiti bukan bank yang diberikan kuasa oleh institusi perbankan untuk menyediakan perkhidmatan perbankan asas

Cawangan Bank Bergerak

Kenderaan institusi perbankan yang menyediakan perkhidmatan perbankan terutamanya di kawasan pedalaman


Inisiatif Keterangkuman Kewangan

Rangkaian Lokasi Akses Kewangan
e-Duit
Sandbox Pengawalseliaan
Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Pembiayaan Mikro
Kewangan Sosial dan iTEKAD
Pembiayaan Hijau melalui JC3
Perlindungan Tenang

Pendidikan Kewangan

Strategi Kebangsaan bagi Celik Kewangan 2026-2030
Rangkaian Pendidikan Kewangan
Financial Industry Collective Outreach (FINCO)
Panduan Pengguna MHIT oleh FEN

Perlindungan Pengguna Kewangan

Khidmat Nasihat dan Bantuan Penyelesaian
Layanan Adil Terhadap Pengguna Kewangan


Kongsi halaman ini