Perlindungan Tenang

tenang-bnr0

Inisiatif Perlindungan Tenang bertujuan untuk memperluas kelangsungan dan kualiti penyelesaian insurans dan takaful bagi memenuhi keperluan golongan rakyat yang tidak dan kurang mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan bagi meningkatkan daya tahan kewangan dan daya tahan sosial golongan ini.

Mengapa perlukan Perlindungan Tenang

Kelebihan liputan Perlindungan Tenang

Cara mendapatkan Perlindungan Tenang

Maklumat lanjut mengenai cara mendapatkan produk Perlindungan Tenang: Insurans Hayat | Takaful Keluarga

Dasar BNM mengenai Perlindungan Tenang

Rujuk dokumen panduan untuk peserta industri dalam melaksanakan Perlindungan Tenang


Mengapa perlukan Perlindungan Tenang

  • Perlindungan insurans atau takaful ialah bahagian penting dalam perancangan kewangan untuk masa hadapan, yang menawarkan perlindungan untuk anda dan keluarga dari segi kewangan sekiranya berlaku kematian, kebakaran, atau kemalangan lain yang tidak diingini.

  • Perlindungan Tenang menawarkan ketenangan fikiran, kerana anda tahu mereka yang tersayang dan berada bawah tanggungan anda akan mendapat sejumlah wang bagi membantu keperluan belanja harian sekiranya terjadi hal yang tidak diingini.

  • Dengan Perlindungan Tenang, anda kini dengan mudah boleh membeli atau menyertai pelan perlindungan yang mampu milik dan mudah difahami, serta mempunyai proses tuntutan yang mudah.

Mampu Milik

Caruman bulanan sebanyak beberapa ringgit sahaja dengan pelan yang boleh diperbaharui setiap tahun

Mudah

Mudah difahami. Penama akan menerima bayaran sejumlah wang sekali gus selepas kematian pemilik polisi.

Proses Tuntutan Mudah

Tuntutan dengan dokumen yang lengkap akan dibayar dalam tempoh 5 hari bekerja

Senang untuk Disertai

Langgan terus secara dalam talian atau daripada penanggung insurans/pengendali takaful yang mengambil bahagian atau ejen mereka. Perlindungan Tenang juga boleh didapati menerusi cawangan bank dan syarikat telekomunikasi terpilih.


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?