Lembaga Pengarah

Di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 (ABNM), Lembaga Pengarah bertanggungjawab menyelia pengurusan dan operasi BNM. Ini bagi memastikan kami melaksanakan mandat kami dan kekal kukuh dari segi kewangan dan operasi, serta sumber kami digunakan secara berkesan dan cekap.

Lembaga Pengarah terdiri daripada Gabenor selaku Pengerusi, Timbalan Gabenor, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, serta Ahli Bukan Eksekutif Bebas yang membentuk majoriti Lembaga. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melantik Gabenor dan Ahli Bukan Eksekutif Bebas Lembaga, manakala Timbalan Gabenor dilantik oleh Menteri Kewangan. Gabenor berkhidmat untuk tempoh lima tahun yang boleh diperbaharui, manakala Timbalan Gabenor dan Ahli Bukan Eksekutif Bebas masing-masing berkhidmat untuk tempoh tiga tahun yang boleh diperbaharui. Ketua Setiausaha Perbendaharaan kekal sebagai ahli Lembaga selagi beliau memegang jawatan.


Ahli-ahli Lembaga Pengarah


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?