Undang-undang yang ditadbir oleh BNM

Bagi membolehkan Bank memenuhi matlamat sebagai sebuah bank pusat, Bank diperuntukkan kuasa perundangan yang komprehensif di bawah undang-undang berikut untuk mengawal dan menyelia sistem kewangan. Undang-undang ini termasuk:

Akta Bank Negara Malaysia 2009

Rujuk laman sesawang Jabatan Peguam Negara untuk versi Bahasa Melayu.

Muat turun


Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

Akta yang menyediakan peruntukan bagi pengawalan dan penyeliaan institusi kewangan, sistem pembayaran dan entiti berkaitan lain serta pengawasan pasaran wang dan pasaran pertukaran asing. Ini bagi menggalakkan kestabilan kewangan dan perkara berkaitan, berbangkit atau bersampingan dengannya.

Muat turun


Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

Akta yang menyediakan peruntukan bagi pengawalan dan penyeliaan institusi kewangan Islam, sistem pembayaran dan entiti berkaitan lain serta pengawasan pasaran wang Islam dan pasaran pertukaran asing Islam. Ini bagi menggalakkan kestabilan kewangan dan pematuhan kepada Syariah dan perkara berkaitan, berbangkit atau bersampingan dengannya.

Muat turun


Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002

Akta untuk membuat peruntukan bagi pengawalseliaan dan penyeliaan institusi kewangan pembangunan serta bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Muat turun


Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011

Akta yang menyediakan peruntukan bagi pelesenan, pengawalan dan penyeliaan perniagaan perkhidmatan wang serta perkara yang berkaitan.

Muat turun

Lihat juga: Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024


Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA)

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) menyediakan peruntukan bagi kesalahan berkaitan pengubahan wang haram dan pembiayaan aktiviti terhad serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah kesalahan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan pembiayaan aktiviti terhad.

Muat turun

Lihat juga: Akta Pindaan - A1761


Akta Mata Wang 2020

Akta untuk menyediakan peruntukan bagi pengurusan mata wang Malaysia, pengawalseliaan perniagaan pemprosesan mata wang, dan aktiviti pemprosesan mata wang, dan bagi perkara yang berkaitan.

Muat turun



Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?