Sandbox Pengawalseliaan

Sandbox Pengawalseliaan dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan persekitaran pengawalseliaan yang kondusif bagi penggunaan fintech dan menggalakkan inovasi secara menyeluruh dalam sektor kewangan di Malaysia.

Memandangkan kemajuan fintech telah mendorong kepada pembentukan model dan penyelesaian perniagaan yang baharu, Sandbox Pengawalseliaan dapat menggalakkan inovasi dan penyampaian khidmat kewangan dengan memberikan fleksibiliti pada penyelesaian fintech yang menawarkan nilai sebenar untuk diuji dalam persekitaran pengeluaran atau persekitaran sebenar. Fleksibiliti sebegini akan disertai dengan perlindungan yang sewajarnya bagi memelihara kestabilan kewangan, integriti transaksi kewangan, memastikan amalan perniagaan yang saksama dan layanan yang adil terhadap pengguna.

Sandbox Pengawalseliaan mengandungi dua trek:

  • Sandbox Standard merujuk kepada prosedur standard yang diperkenalkan pada bulan Oktober 2016 bagi membenarkan syarikat fintech untuk menguji penyelesaian inovatif; dan 

  • Lorong Hijau ialah trek dipercepatkan, yang diperkenalkan pada bulan Februari 2024, yang menyediakan cara lebih mudah dan cepat untuk institusi kewangan dengan rekod keupayaan pengurusan risiko yang kukuh untuk menguji penyelesaian inovatif yang menghadapi halangan peraturan kawal selia.

Gambar rajah di bawah menunjukkan perbandingan antara Sandbox Standard dan Lorong Hijau.

sandbox24c-en-1


Activites in the Sandbox

As of June 2026

139

Permohonan Standard dan Green Lane yang dikemukakan sehingga kini

5

Penyelesaian yang sedang diuji

2 dalam trek Green Lane

3 dalam trek Standard

Bilangan permohonan mengikut sektor

Insurans

39

Perkhidmatan Wang

25

Perbankan & Pemberian Pinjaman

25

Pembayaran

24

Lain-lain

26

(Jumlah pemohon terkumpul sejak penubuhan Sandbox Pengawalseliaan)

Penyelesaian yang sedang diuji di dalam Sandbox

Nama Syarikat

Produk

Tarikh Mula

GX Bank Berhad

Income Estimation Model (IEM) for Flexi Credit

Disember 2025

TNG Digital Remittance Sdn Bhd

Remittance Beta

Disember 2025

IME (M) Sdn Bhd

eKYC for RIA Money

November 2025

Mobile Money International Sdn Bhd

Video KYC solution

Oktober 2025

Insureku Digital Sdn Bhd

InsureKU

April 2024


Prinsip di Sebalik Sandbox

Pembentukan Rangka Kerja Sandbox dan usaha yang lebih luas oleh Bank untuk menggalakkan inovasi dalam perkhidmatan kewangan adalah berpandukan tiga prinsip utama:

Kesetaraan

Bank berusaha mewujudkan persaingan yang adil untuk semua peserta industri, tidak kira sama ada peserta sedia ada atau peserta baharu dalam pasaran. Keperluan pengawalseliaan yang sama rata dikenakan ke atas aktiviti serupa yang selalunya mempunyai risiko yang sama. Dalam istilah yang lebih mudah - "risiko yang sama, peraturan yang sama". Namun, Bank juga mengakui bahawa pengawalseliaan perlu disesuaikan bagi menangani risiko berkaitan dengan teknologi dan model perniagaan baharu, bagi memudahkan pembentukan nilai melalui penyelesaian yang inovatif.

Keseimbangan

Pengawal selia juga dipandu oleh prinsip ini dalam merancang beberapa pengawalseliaan tertentu bagi memastikan keperluan tersebut mencerminkan dengan sewajarnya kerumitan dan profil risiko yang sesuai dengan aktiviti atau entiti perniagaan tertentu. Dengan berbuat demikian, Bank berusaha untuk mengimbangi antara mencapai matlamat dasar yang dikehendaki untuk melindungi kepentingan orang ramai dan meminimumkan beban pengawalseliaan bagi industri perkhidmatan kewangan

Keberkecualian

Keperluan pengawalseliaan dibentuk untuk mencapai matlamat dasar yang dikehendaki tanpa cenderung terhadap teknologi atau kaedah tertentu. Peserta pasaran mempunyai fleksibiliti untuk memilih teknologi/kaedah yang paling sesuai berdasarkan keperluan dan model perniagaan mereka. Walau bagaimanapun, penyedia perkhidmatan kewangan perlu sedar bahawa teknologi/kaedah yang berbeza mungkin mempunyai risiko yang berbeza, yang seterusnya akan memerlukan keperluan pengawalseliaan dan kesan yang berbeza untuk aktiviti perniagaannya.

Oleh itu, keperluan pengawalseliaan dan parameter risiko yang akan dikenakan pada peserta Sandbox akan ditentukan mengikut kes berdasarkan prinsip di atas.


Adakah Sandbox sesuai untuk anda?

Kenal pasti jika Sandbox sesuai untuk inovasi anda.

Mulakan dengan mengisi Kaji Selidik Minat Sandbox!

Kunjungi laman Garis Panduan Permohonan untuk maklumat lanjut.


Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Sandbox

Buku Panduan Sandbox

Ketahui faktor yang membantu kejayaan permohonan Sandbox menerusi pandangan dalaman dan pengajaran praktikal, yang dibangunkan dengan kerjasama FAOM dan peserta industri.

Application Guidelines

Ketahui tentang proses permohonan dan proses penilaian Sandbox Standard dan Lorong Hijau. Kunjungi halaman

Lihat juga:

Kisah Sandbox

Ketahui lebih lanjut tentang sejarah Sandbox Pengawalseliaan.

Piawaian dan Garis Panduan

Senarai piawaian dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank berkaitan dengan Sandbox Pengawalseliaan disediakan untuk rujukan orang ramai. Kujungi halaman

Lihat juga:

Soalan Lazim

Jika anda mempunyai soalan lanjut mengenai Sandbox Pengawalseliaan, anda mungkin mendapat jawapannya di halaman ini.

Program Bimbingan dan Pra-saringan Sandbox FAOM

Ketahui tentang Program Bimbingan dan Pra-saringan Sandbox oleh Fintech Association of Malaysia (FAOM)


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu?