Majlis Penasihat Shariah
Majlis Penasihat Shariah
Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (SAC) ditubuhkan pada 1997 dan merupakan pihak berkuasa bagi penentuan hukum Syarak untuk tujuan perniagaan kewangan Islam yang dikawal selia dan diselia oleh BNM. SAC membincangkan perkara Syariah berkaitan produk, perkhidmatan dan aktiviti kewangan Islam yang dirujuk kepadanya, dengan mengambil kira prinsip Syariah, dapatan penyelidikan, amalan adat, amalan pasaran dan perkembangan sektor kewangan. Berdasarkan perbincangannya, SAC mengeluarkan keputusan dan memberikan nasihat mengenai pemakaian keperluan Syariah.
Keputusan dan nasihat SAC menyokong pemakaian keperluan Syariah yang lebih konsisten dan koheren merentasi sektor kewangan Islam. Keputusan dan nasihat ini memberikan kejelasan yang lebih besar mengenai kedudukan Syariah berkaitan produk, perkhidmatan dan aktiviti kewangan Islam, serta menyokong pembangunan berterusan kewangan Islam di Malaysia.
Adakah halaman ini membantu?
Bantu kami tambah baik dengan berkongsi maklum balas.