Pembiayaan Perusahaan Kecil & Sederhana
PKS ialah komponen kritikal ekonomi Malaysia, menyumbang lebih satu pertiga daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih empat juta pekerja di Malaysia. Institusi perbankan merupakan sumber utama pembiayaan bagi PKS, yang menyediakan lebih daripada 90% daripada jumlah pembiayaan. Peruntukan pembiayaan PKS turut disediakan oleh Institusi Kewangan Pembangunan, Dana BNM untuk PKS and DANA Kerajaan.
Sejak beberapa tahun yang lalu, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk meningkatkan ekosistem pembiayaan PKS di Malaysia. Berikut ialah sekilas pandang tentang cara anda boleh memanfaatkan ekosistem PKS:
Penunjuk Utama Pembiayaan PKS
Setakat hujung bulan Februari 2026
RM440.5 bilion
51% daripada Jumlah Pembiayaan Perniagaan
1.2 juta
89% daripada Jumlah Akaun Pembiayaan Perniagaan
Akses kepada Dana BNM untuk PKS
Objektif dana ini adalah untuk menyediakan akses kepada pembiayaan pada kos yang berpatutan untuk PKS dalam semua sektor ekonomi.
Dana tersebut disalurkan melalui institusi kewangan peserta (IKP), yang terdiri daripada bank perdagangan, bank Islam, dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM.
Permohonan mesti dikemukakan melalui mana-mana IKP dan kelulusan akan tertakluk kepada penilaian kredit biasa IKP.
Untuk butiran lanjut, sila layari https://www.bnm.gov.my/funds4SME
SME SRF menyediakan sokongan modal kerja kepada PKS berdaya maju yang terkesan secara ketara oleh konflik geopolitik semasa di Timur Tengah
Pembiayaan PKS hingga RM750,000 untuk tempoh hingga lima tahun dengan kadar pembiayaan maksimum 3.75% setahun, termasuk fi jaminan
Disokong oleh jaminan CGC atau SJPP
Disalurkan melalui institusi kewangan peserta dan kekal tersedia hingga 30 Jun 2027 atau sehingga kemudahan ini digunakan sepenuhnya, mana-mana yang lebih awal
Baca siaran akhbar and brosur.
Skim Jaminan BNM–CGC menyediakan pembiayaan yang dijamin hingga RM10 bilion untuk PKS, termasuk perusahaan mikro.
Skim ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi PKS yang tidak mendapat atau kurang mendapat akses kepada pembiayaan, dengan menangani jurang maklumat serta memperkukuh pengantaraan kredit.
Berteraskan empat objektif dasar utama:
Meningkatkan rangkuman kewangan
Menyokong peralihan berkaitan iklim dan kelestarian
Meningkatkan produktiviti dan inovasi PKS
Menyokong keutamaan nasional bagi mengukuhkan daya tahan serta pertumbuhan ekonomi Malaysia
Dapatkan maklumat lanjut menerusi siaran akhbar atau laman sesawang CGC.
Dana daripada Kerajaan
Untuk dana Kerajaan lain yang tersedia, ketahui lebih lanjut di SMEinfo.com.my
CAKNA
CAKNA ialah skim yang bertujuan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan kontraktor-kontraktor kecil (G1-G4) yang mendapat kontrak Kerajaan dan memerlukan pembiayaan dari institusi kewangan bagi mengukuhkan kedudukan aliran tunai dan kewangan.
Terdapat dua skim di bawah CAKNA, iaitu CAKNA I dan CAKNA II. CAKNA I adalah bagi memenuhi keperluan aliran tunai PMKS selepas kontrak telah disempurnakan, manakala CAKNA II pula adalah bagi memenuhi keperluan pembiayaan kontraktor kecil bagi melaksanakan kontrak.
Jenis kemudahan, kriteria kelayakan dan institusi kewangan peserta untuk CAKNA I dan CAKNA II adalah berbeza-beza. Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman CAKNA.
Penghijauan Perniagaan Halal (GHB)
Penghijauan Perniagaan Halal (GHB) ialah program fasilitasi gabungan yang direka untuk membantu perniagaan halal Malaysia, terutamanya pembekal kepada syarikat korporat dan multinasional atau pengeksport, untuk melaksanakan amalan hijau dan lestari yang memberi impak.
Perniagaan halal boleh mengakses latihan kapasiti, perisian perakaunan karbon dan pembiayaan peralihan mampu milik (termasuk Kemudahan Peralihan Rendah Karbon dan Kemudahan Teknologi Tinggi & Hijau menerusi lapan bank peserta di bawah program GHB.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi halaman GHB.
Pembiayaan Mikro
Skim Pembiayaan Mikro ialah skim mikro kredit yang membolehkan akses cepat, mudah dan senang kepada perniagaan untuk membiayai sehingga RM50,000 tanpa cagaran daripada institusi kewangan peserta (IKP).
Skim ini telah menyokong keperluan pembiayaan perusahaan mikro dan individu yang bekerja sendiri sejak 2006 di bawah Rangka Kerja Kemampanan Pembiayaan Mikro Nasional di mana perniagaan mikro boleh mengakses pembiayaan pada kadar yang lebih rendah daripada Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF) yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia, dan disalurkan melalui IKP Pembiayaan Mikro. Untuk butiran lanjut tentang MEF, sila rujuk Brosur ini.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi halaman Kewangan Mikro.
Kewangan Sosial
Kewangan sosial memainkan peranan dalam menyokong pembangunan sosioekonomi segmen berpendapatan rendah di Malaysia, melengkapkan kewangan sektor awam dan penyelesaian kewangan yang dipacu komersil untuk menggalakkan daya tahan sosial yang lebih besar.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman Kewangan sosial.
Platform Pembiayaan Dalam Talian
Portal imSME
Platform rujukan pembiayaan/pinjaman PKS yang dimiliki dan diuruskan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC), dengan penyertaan daripada 22 Institusi Kewangan termasuk 5 Institusi Kewangan Pembangunan, 3 Agensi dan 4 Pembiaya Alternatif.
Ia adalah saluran untuk memudahkan PKS mengakses pembiayaan/pinjaman bukan cagaran yang membolehkan PKS:
Akses maklumat pantas dan masa nyata tentang pilihan pembiayaan/pinjaman, pada bila-bila masa, di mana sahaja 24/7.
Cari pembiayaan/pinjaman oleh bank yang mengambil bahagian mengikut keselesaan mereka, tanpa kerumitan.
Mohon pinjaman/pembiayaan daripada satu platform.
Untuk butiran lanjut, kunjungi imsme.com.my
Panduan Bantuan untuk PKS: Tempat Mendapatkan Nasihat
Saya memerlukan nasihat tentang:
Pusat Sehenti Keusahawanan @SME Hub, SME Corp Malaysia
Memulakan perniagaan
Akses pasaran
Pembangunan jenama
Penilaian & Pensijilan
Telefon
1-300-30-6000
Emel
Laman sesawang
CGC & imSME
Pembiayaan tidak bercagar
Pembiayaan alternatif
Nasihat kewangan
Akses pasaran
Telefon
+603-7880-0088
Emel
Laman sesawang
BNMLINK
Dana BNM untuk PKS
CCRIS/eCCRIS
Nasihat & aduan
Telefon
1-300-88-5465
Laman sesawang
ABM Connect
Aduan terhadap bank perdagangan konvensional
Rujukan kepada Meja Bantuan PKS Bank Ahli ABM
Telefon
1-300-88-9980
Laman sesawang
Ombudsman untuk Perkhidmatan Kewangan (OFS)
Menyelesaikan pertikaian kewangan dengan penyedia perkhidmatan kewangan
Telefon
+603-2272-2811
Emel
Laman sesawang
Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)
Pendidikan kewangan
Kaunseling kewangan
Program pengurusan hutang
Skim Penyelesaian Hutang Kecil (SDRS)
Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS)
Pusat Bantuan PKS
Telefon
+603-2616-7766
Laman sesawang
Saluran Nasihat & Pembinaan Kapasiti
PKS boleh mendapatkan bantuan daripada:
Program "Train-the-Trainers"
Bank Negara Malaysia telah memulakan program Train-the-Trainers (TTT) sejak 2016, bertujuan untuk meningkatkan keupayaan institusi kewangan dalam menyampaikan khidmat nasihat berkualiti kepada PKS.
Program ini adalah kerjasama erat antara Bank Negara Malaysia, Persatuan Jurubank yang diketuai oleh Persatuan Bank-Bank di Malaysia, SME Corporation Malaysia (SME Corp), Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Program ini ditubuhkan untuk merapatkan isu asimetri maklumat yang diketengahkan pada Bengkel Pembiayaan PKS anjuran Bank untuk industri dan PKS.
TTT akan membantu dalam meningkatkan tahap kesedaran tentang ketersediaan pelbagai inisiatif dan perkhidmatan yang diwujudkan oleh Kerajaan untuk membantu PKS.
Program Kesedaran
Bank Negara Malaysia sentiasa menjalankan pelbagai program jangkauan kepada PKS dan orang ramai dalam mempromosikan rangkuman kewangan dan akses pembiayaan PKS serta menyertai beberapa acara anjuran Kementerian dan agensi kerajaan utama.
Program yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan di kalangan usahawan mengenai pelbagai inisiatif dan bantuan yang disediakan untuk PKS akan disediakan dari semasa ke semasa dan pemberitahuan adalah melalui laman web Bank Negara Malaysia dan platform media sosial.
Senarai Program Kesedaran PKS: 2015 | 2016 | 2017 | 2018
Video Webinar Khidmat Nasihat untuk PKS sejak tahun 2020
Tip untuk PKS
Koleksi video pendek yang diambil daripada webinar yang dianjurkan BNM
Definisi PKS
Definisi baharu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014 dan telah dipermudahkan di bawah dua kategori, iaitu:
Pembuatan: Perolehan jualan tidak melebihi RM50 juta ATAU pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 pekerja; dan
Perkhidmatan dan sektor lain: Perolehan jualan tidak melebihi RM20 juta ATAU pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 pekerja.
Butiran di www.smecorp.gov.my
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.