Penerbitan
Penerbitan
BNM menerbitkan penerbitan berikut secara berkala:
Kompilasi perangkaan monetari, kewangan dan makro-ekonomi daripada pelbagai sumber. Diterbitkan pada akhir bulan dengan lat 1 bulan.
Buletin Suku Tahunan BNM menyampaikan tinjauan suku tahunan mengenai perkembangan ekonomi, kewangan dan monetari Malaysia. Buletin ini merangkumi penilaian terkini Bank mengenai hala tuju ekonomi pada masa hadapan. Buletin ini juga memberikan pandangan mengenai isu ekonomi dan kewangan semasa, termasuk sorotan inisiatif dasar yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia bagi mencapai mandatnya
Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia mengandungi bahan komprehensif mengenai perkembangan dan aliran ekonomi di Malaysia. Laporan ini merangkumi maklumat mengenai wang dan kredit, kewangan awam, pembangunan sektor benar (pengeluaran, harga, gaji dan guna tenaga), serta perkembangan sektor luar (kadar pertukaran, perdagangan dan imbangan pembayaran). Laporan ini juga memuatkan artikel ruangan mengenai topik terpilih yang relevan dengan pengurusan makroekonomi negara.
Tinjauan Kestabilan Kewangan ini menyediakan penilaian Bank Negara Malaysia terhadap risiko semasa dan berpotensi kepada kestabilan kewangan serta daya tahan sistem kewangan Malaysia untuk meneruskan peranan pengantaraan kewangannya dalam ekonomi.
Tinjauan Ekonomi dan Kewangan ialah penerbitan teknikal yang mendokumenkan penilaian dan penyelidikan ekonomi Bank. Penerbitan ini memberi tumpuan kepada perkembangan ekonomi dan kewangan dalam ekonomi Malaysia, serta tinjauan bagi tahun tersebut.
Pelan Induk ini menetapkan keutamaan pembangunan Bank bagi sektor kewangan dalam tempoh lima tahun akan datang, berasaskan usaha untuk memupuk dinamisme pasaran dan menyokong objektif pembangunan mampan, dengan tumpuan berterusan terhadap mandat kestabilan monetari dan kewangannya.
Penerbitan Lain
Laporan Khas
Laporan yang Tidak Lagi Dikeluarkan
Laporan ini juga memuatkan artikel ruangan mengenai topik terpilih yang relevan dengan pengurusan makroekonomi negara. Digantikan oleh Tinjauan Kestabilan Kewangan pada 2018.
RINGGIT ialah penerbitan usaha sama antara FOMCA dan Bank Negara Malaysia. Kerjasama ini mewujudkan jangkauan yang lebih luas dalam usaha kami meningkatkan kesedaran pengguna mengenai isu kewangan ke tahap yang lebih tinggi. Ini merupakan komitmen kami dalam membina perlindungan dan aktivisme kewangan yang lebih baik.
Nota:
1. Bermula 2006, kedua-dua penerbitan Laporan Tahunan Insurans dan Laporan Tahunan Takaful telah dihentikan. Maklumat dan statistik dalam laporan ini kini diterbitkan dalam Tinjauan Kestabilan Kewangan. Klik di sini untuk arkib Laporan Tahunan Insurans dan di sini untuk arkib Laporan Tahunan Takaful.
2. Bermula 2008, penerbitan Laporan Tahunan PKS diterbitkan oleh SMECorp Malaysia. Layari laman web SMECorp untuk mendapatkan laporan terkini. Klik di sini untuk mendapatkan laporan arkib.