Buletin Suku Tahunan Suku Ketiga 2026
Buletin Suku Tahunan BNM memberikan penilaian suku tahunan mengenai perkembangan ekonomi, monetari dan kewangan Malaysia. Penilaian ini termasuk penilaian mutakhir oleh Bank Negara Malaysia berhubung dengan hala tuju ekonomi pada masa hadapan. Buletin ini juga memberikan pemahaman tentang isu ekonomi dan kewangan semasa, termasuk sorotan penting berkaitan dengan inisiatif dasar yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia dalam memenuhi mandatnya.
Sorotan Penting bagi S3 2026
KDNK meningkat sebanyak 5.5% (S2 2026: 6%)
Inflasi keseluruhan kekal stabil pada 1.9% (S2: 1.9%)
Keadaan pasaran pekerja kekal menggalakkan
Ringgit kekal stabil berbanding mata wang rakan dagangan utama
Note: Sebagai sebahagian daripada usaha Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mempertingkatkan komunikasi mengenai hal-ehwal kestabilan kewangan, Jadual 7 dan Jadual 8 dalam bahagian Tambahan Buletin Suku Tahunan telah diperluaskan bagi merangkumi lebih banyak penunjuk utama yang mencerminkan tahap kestabilan kewangan.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.