Sistem dan Perkhidmatan Pembayaran di Malaysia

Sistem pembayaran merupakan bahagian penting dalam infrastruktur kewangan sesebuah negara. Sistem ini membolehkan pemindahan dana antara entiti, perniagaan dan pengguna. Sistem pembayaran merangkumi instrumen, prosedur perbankan dan sistem pemindahan dana antara bank yang memudahkan edaran wang serta menyokong aktiviti ekonomi.Sebahagian daripada ekosistem pembayaran ialah perniagaan perkhidmatan wang (money services business, MSB) yang menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang, pengiriman wang dan mata wang borong. Melalui perkhidmatan ini, MSB memudahkan pertukaran mata wang dan pemindahan dana untuk pengguna dan perniagaan.

Sistem pembayaran dan perkhidmatan wang yang terjamin, selamat dan cekap amat penting bagi BNM berikutan peranannya dalam memudahkan aktiviti ekonomi.

Peranan BNM dan Rangka Kerja Perundangan bagi Perkhidmatan Pembayaran
Ekosistem Perkhidmatan Pembayaran di Malaysia
Permohonan Kelulusan, Pendaftaran dan Lesen
Entiti Perkhidmatan Pembayaran yang Dikawal Selia
Memajukan landskap pembayaran Malaysia

BNM terus memajukan landskap pembayaran Malaysia bagi memenuhi keperluan individu dan perniagaan yang sentiasa berkembang. Ini merangkumi pengukuhan pembayaran digital domestik, pemodenan infrastruktur pembayaran kritikal, peluasan kesalinghubungan pembayaran rentas sempadan, serta penerokaan teknologi baharu yang berpotensi membentuk masa depan sistem pembayaran.

Inisiatif-inisiatif utama merangkumi usaha menambah baik infrastruktur pembayaran berkongsi dan memodenkan RENTAS, di samping mempertingkat jalinan pembayaran rentas sempadan serta meneroka inovasi seperti mata wang digital bank pusat dan tokenisasi. Secara keseluruhannya, usaha-usaha ini bertujuan menjadikan sistem pembayaran lebih cekap, berdaya tahan, mudah diakses dan saling berhubung, sambil menyokong inovasi yang bertanggungjawab.

Soalan Lazim

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?