Pengendalian Mata Wang yang Betul
Tahukah anda cara mengendalikan wang kertas polimer dan wang kertas dengan betul?
Wang kertas polimer RM1 dan RM5 telah diperkenalkan dalam siri keempat mata wang Malaysia pada tahun 2012. Selain tahan lasak dan tidak mudah koyak, wang kertas polimer tidak menyerap air, lebih bersih untuk dikendalikan dan tahan lebih lama. Dengan pengendalian yang betul, wang kertas polimer boleh digunakan untuk tempoh yang lebih lama. Anda hanya perlu:
Pengendalian Wang Kertas yang Betul
Wang kertas diperbuat daripada kapas. Cara pengendalian wang kertas adalah sama seperti wang kertas polimer, iaitu:
Apakah ciri-ciri wang kertas yang baik untuk diedarkan semula?
Wang kertas yang berada dalam keadaan baik memudahkan ciri keselamatan dikenal pasti. Wang kertas Malaysia boleh diedarkan semula sekiranya memenuhi semua kriteria berikut:
Tulen dan bukan wang palsu
Tidak berlubang atau koyak, tidak ditampal dengan pita pelekat dan tiada bahagian yang hilang
Bersih dan mempunyai kecerahan yang sekata
Cetakan tidak pudar, terutamanya pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong
Tidak diconteng atau dirosakkan
Apakah ciri wang kertas yang perlu ditukar?
Yang berikut ialah contoh wang kertas yang tidak memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan dan tidak lagi sesuai untuk diedarkan. Wang kertas tersebut hendaklah ditukar.
Terbakar
Renyuk
Berlubang
Dakwat luntur
Mengecut
Dicantum semula
Di manakah wang kertas yang rosak atau tidak lagi sesuai untuk edaran boleh ditukar?
Wang kertas yang diconteng, koyak atau mengalami kerosakan lain mungkin masih mempunyai nilai. Wang kertas tersebut boleh ditukar di mana-mana bank. Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak laman sesawang institusi kewangan masing-masing dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan institusi kewangan yang mengambil bahagian.
KES YANG JELAS: Institusi kewangan membayar balik kepada pelanggan pada hari yang sama | ||
|
|
|
Saiz wang kertas yang rosak adalah sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) atau lebih daripada saiz asal | Wang kertas yang rosak yang tidak mempunyai sebarang tanda pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong atau tulisan berunsurkan slogan politik; dan | Wang kertas tidak diconteng dengan perkataan, angka atau tanda lain |
KES YANG MEMERLUKAN PENILAIAN: Institusi kewangan hendaklah memaklumkan kepada pelanggan bahawa wang kertas tersebut perlu dihantar kepada BNM untuk penilaian. Nilai wang kertas akan dikreditkan ke dalam akaun pelanggan selepas penilaian selesai | ||
|
|
|
Tidak memenuhi syarat bagi kes yang jelas Mata wang yang tidak lagi sah diperlakukan | Duit syiling yang telah diubah suai | Syiling diusik |
|
|
|
Terkena dakwat | Terbakar | Dirosakkan anai-anai |
Tak Tahu Nak Buat Apa Dengan Duit Syiling?
Ingin mendepositkan duit syiling anda? Jika anda mempunyai simpanan duit syiling, terdapat beberapa Mesin Deposit Syiling (Coin Deposit Machines, CoDM) yang dikendalikan oleh institusi kewangan terpilih di seluruh negara. Dengan mendepositkan duit syiling tersebut, duit syiling dapat dikembalikan ke dalam edaran untuk digunakan oleh orang lain.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menyemak laman sesawang institusi kewangan masing-masing dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan institusi kewangan yang mengambil bahagian.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.








