Siri Duit Syiling Semasa (2012 hingga kini)

Keunikan Malaysia

Reka bentuk siri ketiga syiling Malaysia diinspirasikan daripada unsur-unsur unik yang mencerminkan budaya dan warisan Malaysia. Bertemakan “Keunikan Malaysia”, siri ini menampilkan motif kraf tradisional serta flora dan fauna negara. Syiling ini mencerminkan kepelbagaian dan kekayaan identiti Malaysia.

Duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan, sekali gus lebih mudah untuk digunakan oleh orang ramai. Warna kuning dan perak pada duit syiling ini juga memudahkan orang ramai untuk membezakan setiap denominasi. Reka bentuk pada bahagian sisi dan saiz duit syiling yang berbeza-beza memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenal pasti dan membezakan denominasi yang berlainan. Selain itu, siri duit syiling baharu ini menggunakan teknologi penempaan terkini yang dilengkapi ciri keselamatan yang dipertingkat bagi mencegah pemalsuan. Aloi logam baharu yang digunakan untuk penempaan juga menjadikan duit syiling lebih tahan lama dan tahan kakisan.

Siri ketiga duit syiling Malaysia mula diedarkan pada bulan Januari 2012.





Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?