Numismatik, Bulion dan Lelongan
Wang Kertas dan Duit Syiling Peringatan
Dari semasa ke semasa, BNM mengeluarkan wang kertas dan duit syiling peringatan sempena peristiwa penting di peringkat negara dan antarabangsa, selain untuk menghargai pencapaian, tokoh, , warisan, budaya, masyarakat, flora dan fauna Malaysia. BNM telah mengeluarkan wang kertas dan duit syiling peringatan sejak tahun 1969. Pengeluaran mata wang peringatan tertakluk pada kelulusan Menteri Kewangan.
Maklumat lanjut mengenai pembelian duit syiling peringatan boleh didapati di duit.bnm.gov.my
Wang Kertas Peringatan
Lelongan Wang Kertas dengan Nombor Siri Istimewa
Dari semasa ke semasa, BNM mengadakan lelongan wang kertas ringgit dengan nombor siri istimewa. Lelongan ini lazimnya bermula secara dalam talian dan diakhiri dengan lelongan secara langsung di lokasi yang dikendalikan oleh pelelong yang dilantik. Contoh wang kertas dengan nombor siri istimewa termasuk 10 wang kertas pertama (contohnya PP0000001–0000010) dan nombor siri dengan angka yang sama berulang (contohnya PP8888888).
Maklumat mengenai lelongan akan dipaparkan pada laman sesawang BNM, berserta panduan untuk mendaftar di platform bidaan pelelong. Yang berikut ialah berita terkini berkaitan lelongan:
Tarikh | Tajuk |
10 Apr 2026 | Lelongan Wang Kertas Ringgit dengan Nombor Siri Khas Secara dalam Talian |
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.