Duit Syiling Bulion Kijang Emas
Malaysia adalah negara ke-12 di dunia yang mengeluarkan syiling bulion emasnya sendiri. Kijang Emas kini menyertai barisan syiling bulion emas antarabangsa yang lain.
Reka bentuk bahagian hadapan Kijang Emas menggambarkan seekor kijang dalam habitat semula jadinya di dalam hutan Malaysia. Bahagian belakang menampilkan bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia.
Spesifikasi terperinci Kijang Emas adalah seperti berikut:
Saiz | Nilai Muka | Berat (gram) | Diameter (mm) | Ketulenan emas |
1 auns Troy | RM200 | 31.105 | 37.0 | 99.99% |
1/2 auns Troy | RM100 | 15.550 | 28.0 | 99.99% |
1/4 auns Troy | RM50 | 7.780 | 22.0 | 99.99% |
Harga belian dan jualan semula Kijang Emas ditentukan oleh harga pasaran emas antarabangsa semasa.
Kijang Emas ditempa oleh Mint Malaysia (MyMint) dan diedarkan oleh Maybank yang juga akan melayan pertanyaan lanjut.
Maklumat Berkaitan
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.