Siri Mata Wang Terdahulu
Wang Kertas dan Duit Syiling Keluaran BNM
Kuasa untuk mengeluarkan mata wang diberikan kepada BNM mengikut Ordinan Bank Negara Tanah Melayu 1958 yang menubuhkan Bank Negara Tanah Melayu pada bulan Januari 1959. Walau bagaimanapun, Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya dan Borneo British terus mengeluarkan mata wang hingga 12 Jun 1967.
Selepas itu, BNM mengambil alih kuasa sebagai pengeluar tunggal mata wang di Malaysia. Wang kertas Malaya yang lama terus berada dalam edaran bersama-sama wang kertas Malaysia yang baharu hingga 16 Januari 1969 sebelum statusnya sebagai wang kertas tidak lagi diperlakukan.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!