Aduan atau Rayuan
Bagaimanakah cara untuk membuat aduan?
Tiga langkah yang perlu diikuti semasa membuat aduan:
Kemukakan aduan kepada Unit Aduan Penyedia Perkhidmatan Kewangan anda
Senarai Unit Aduan mereka boleh didapati di sini.
Hubungi Unit Aduan dengan kadar segera. Sila ambil perhatian bahawa Unit Perniagaan atau Unit Tuntutan BUKANLAH Unit Aduan
BNM tidak akan menerima aduan yang belum dirujuk kepada Unit Aduan penyedia perkhidmatan kewangan.
Jika anda ingin membuat aduan mengenai staf BNM, sila gunakan saluran Pemberi Maklumat. Jika aduan anda berkaitan dengan penipuan (scam), sila kunjungi laman web NSRC.
Dapatkan maklum balas dan keputusan muktamad mengenai aduan anda daripada Unit Aduan
Jika anda belum menerima maklum balas daripada Unit Aduan dalam tempoh yang telah diberikan, anda harus menghubungi mereka untuk membuat tindakan susulan.
Anda dinasihatkan untuk membuat susulan secara bertulis supaya aduan tersebut boleh direkodkan.
Jika anda tidak menerima maklum balas selepas 14 hari:
Anda boleh merujuk kes anda kepada BNMLINK. Kami sedia mendengar dan membantu berhubung pertanyaan atau aduan anda. Kami faham bahawa isu yang anda kemukakan adalah penting kepada anda. Pegawai kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memahami kebimbangan anda dan membantu anda secara adil dan profesional.
Kami memohon agar anda melayan pegawai kami dengan kesopanan dan rasa hormat yang sama. Tingkah laku yang kasar, mengancam atau tidak sesuai terhadap pegawai kami tidak akan dibenarkan dan boleh menjejaskan cara kami berurusan dengan anda. Ketahui lebih lanjut mengenai standard yang kami harapkan, serta langkah yang mungkin kami ambil apabila standard ini tidak dipenuhi, dalam Dasar Komunikasi dan Tingkah Laku yang Berhemah kami.
ATAU
Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan Penyedia Perkhidmatan Kewangan, anda boleh merujuk kepada saluran pertikaian alternatif untuk menyuarakan aduan anda.
Skop aduan yang dikendalikan BNM
Kes yang berada di luar bidang kuasa kami
Kes yang masih belum dikendalikan oleh bank, syarikat insurans, pengendali takaful dan pengeluar e-wang.
Anda disarankan untuk mengajukan aduan kepada Unit Aduan mereka terlebih dahulu. Sila rujuk senarai Unit Aduan.
Kes yang berada di bawah bidang kuasa pengawal selia atau agensi penguatkuasaan undang-undang lain.
Ini termasuk Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kes-kes yang telah dirujuk kepada Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS), atau mahkamah, tribunal
Untuk maklumat lanjut tentang FMOS, sila kunjungi www.fmos.org.my.
Isu kebankrapan
Sila rujuk Jabatan Insolvensi Malaysia: www.mdi.gov.my
Kes pemberian maklumat
Sila rujuk Dasar Pemberitahuan BNM.
Pengirim tanpa nama, kes yang tidak jelas, atau pihak ketiga yang tidak diberi kebenaran
Wang tidak dituntut daripada akaun bank, polisi insurans atau sijil takaful
Sila rujuk Jabatan Wang Tidak Dituntut di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM): egumis.anm.gov.my.
Kes oleh mana-mana ejen bank, syarikat insurans, pengendali takaful, dan pengeluar e-wang terhadap prinsipal mereka (cth. pemungut hutang, pemilik kereta, pelelong, ejen insurans/takaful)
Kes oleh kakitangan bank, syarikat insurans, pengendali takaful, dan pengeluar e-wang terhadap prinsipal atau majikan mereka
Kes yang melebihi had masa yang ditetapkan (mengikut Akta Had Masa 1953 atau Ordinan Had Masa (Sabah) (Bab. 72 atau Ordinan Had Masa (Sarawak) (Bab. 49))
Kes yang berkaitan dengan keputusan komersial bank, syarikat insurans, pengendali takaful, dan pengeluar e-wang
Permintaan untuk memberikan tafsiran mengenai Akta Kontrak & Terma (Act Contract & Terms (ACT)), dasar atau perkataan dalam sesuatu kontrak. BNMLINK tidak akan memberikan sebarang pandangan tentang undang-undang untuk pengadu
Penting: Syarikat kredit, syarikat pemajakan dan pemfaktoran, broker pajak gadai dan syarikat komuniti kredit merupakan entiti yang tidak dikawal selia oleh BNM.
Saluran pertikaian alternatif
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Ditubuhkan oleh BNM untuk membantu individu/PKS bagi menguruskan keadaan kewangan mereka dan mendapatkan ketenangan fikiran yang timbul daripada penggunaan kredit yang bijak
Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS)
FMOS ditubuhkan oleh BNM dan SC untuk menyediakan perkhidmatan penyelesaian pertikaian yang bebas, adil, dan percuma kepada pengguna dan pelabur kewangan tidak berupaya menyelesaikan aduan mereka dengan penyedia perhidmatan kewangan dan pengantara pasaran modal
Bantuan Undang-undang
Sebagai langkah alternatif seterusnya, pengguna kewangan juga boleh mendapatkan bantuan undang-undang untuk menyelesaikan situasi mereka.
Tribunal Tuntutan Pengguna
Sila kunjungi laman web Tribunal Tuntutan Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutan Korporat (CDRC)
Platform untuk peminjam korporat dan pemiutang mereka untuk menyelesaikan penyelesaian hutang yang boleh dilaksanakan tanpa perlu menggunakan prosiding undang-undang
Inisiatif ini telah dilaksanakan untuk memastikan semua saluran disediakan untuk membantu syarikat yang bermasalah dalam menyelesaikan obligasi hutang mereka